Janna Nick tak sabar nak kahwin

Sebaran :


Janna Nick tak sabar nak kahwin

Setiap wanita yang mahu bergelar “raja sehari” pastinya sudah memiliki penampilan idaman yang sentiasa terpahat iaitu menjadi gambaran indah buatnya untuk digayakan ketika majlis penyatuan dua jiwa menjadi saksi.

Baik daripada segi busana yang ingin digayakan, mestilah sesuatu yang mahu menarik perhatian apatah lagi dek status individu sebagai seorang selebriti, daripada rambut hinggalah ke hujung kaki, seboleh-bolehnya tidak mahu ada yang cacat cela.

Malah setiap bakal pengantin sudah tentu mahukan penampilan yang sempurna pada hari bersejarah mereka, apatah lagi bagi mempelai perempuan, pastinya hiasan atau dandanan rambut menjadi topik yang harus diberikan perhatian.

Mengetahui hal itu, pelakon terkenal Janna Nick yang sering tampil dengan imej berambut pendek ala boy cut itu juga mahu menyimpan hasrat untuk menggayakan rambut panjangnya yang ikal mayang kelak sebagai penampilannya nanti ketika mengecapi hari bahagia.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Janna menjawab persoaalan yang ditanya mengenai rambutnya yang semakin tumbuh panjang dengan sihat itu, bahkan dia menjelaskan bahawa dirinya mahu menampilkan gaya berbeza persis gambaran penampilan pengantin seperti yang dikongsi.

Selebriti jelita ini sememangnya sudah biasa tampil dengan gaya rambut yang bersahaja, apatah lagi jika mendapat karakter lakonan yang lasak di mana memerlukan dia menggayakan rambut pendek.

Namun, kali ini Janna seolah-olah telah memberi hint bahawa dia mungkin mahu mendandankan rambut ala-ala kepuk pada hari pertunangan atau perkahwinannya untuk kelihatan lebih cantik, anggun dan sempurna.

“Sebab kahwin nak rambut cam gini🤣”

Meskipun majlis yang di idam-idamkan itu menjadi waktu yang belum pasti, namun sudah menjadi lumrah bagi bakal mempelai wanita untuk kelihatan cukup jelita dengan dandanan rambut seperti apa yang sudah dibayangkan.

Tidak salah untuk berangan terlebih awal, kerana angan-angan itu mampu direalisasikan dengan jayanya jika segala perancangan disiapkan secara rapi.

Hal yang demikian kerana terdapat pelbagai jenis dandanan yang boleh dilakukan sama ada dengan gaya untuk melepaskan rambut atau membuat sanggul.

Pastinya, wajah bakal pengantin bertambah berseri dengan dandanan yang secocok bersama baju pengantin, kekemasan dan kesungguhan dalam membentuk helaian demi helaian rambut menjadi sanggul atau sebagainya berserta keunikan pelbagai motif corak hiasan, sudah cukup dapat menaikkan seri wajah pengantin perempuan.

Mengenali pelakon wanita popular iaitu Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna yang kini sedang hangat dilamun cinta setelah menemui pasangannya iaitu pelakon Dini Azan Schatzmann, ternyata menjadi antara selebriti couple yang secocok dan paling dinanti-nantikan untuk disatukan sebagai pasangan hidup kelak.

Wah! Tak sabar pula rasanya nak melihat Janna tampil berseri-seri sewaktu hari-hari bahagianya nanti, mesti cantik kan?
Hotfm

Janna Nick tak sabar nak kahwin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion


Sebaran :

Leave a Reply