Tamat lockdown beri lebih bantuan kewangan kata majikan

 

Tamat lockdown beri lebih bantuan kewangan kata majikan.  Strategi pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak berkesan dan mesti dihentikan, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presidennya, Syed Hussain Syed Husman, berkata semakin lama sekatan penuh berlangsung, semakin banyak perniagaan akan ditutup, menyebabkan banyak pekerja hilang pekerjaan dan menjadikan ekonomi semakin sukar untuk pulih.

“Kita mengakui bahawa pandemik ini telah menimbulkan kekacauan di Malaysia dan serata dunia.

“Tidak ada penyelesaian yang mudah, tetapi ketika mana strategi tidak berhasil, kita mesti cepat beralih ke strategi lain supaya kita semua tidak terus menderita.

“Terus kekal strategi yang sama untuk jangka waktu yang panjang tidak akan mengubah hasilnya,” katanya dalam kenyataan.

Syed Hussain berkata, syarikat gagal setiap hari dan ribuan lagi berada di ambang kemuflisan. Ini akan menyebabkan kerosakan berterusan pada ekonomi, perniagaan dan pekerjaan.

“Ahli kami menderita dan terpaksa menutup perniagaan dan diisytiharkan muflis.

Ini berada dalam rekod kami dan tekanan itu sudah memuncak.

“MEF memohon sekali lagi kepada Majlis Keselamatan Negara untuk mempertimbangkan kedudukan kami dengan serius.

“Majikan perlu bernafas dan memerlukan ruang untuk terus menghidupkan perniagaan dan mata pencarian,” katanya.

Susulan itu, Syed Husain memohon kepada kerajaan untuk membuka semua sektor ekonomi, dengan pelaksanaan SOP dan hukuman lebih ketat.

Beliau juga mendesak kerajaan memberikan lebih banyak bantuan kewangan bagi perniagaan.

“Kami berharap MKN memiliki empati terhadap majikan, pekerja dan rakyat. Segera menghulurkan bantuan dan pertolongan

“Sebahagian daripada bantuan segera itu mungkin dengan meningkatkan subsidi upah, kemudahan kredit bersasar untuk PKS mikro, moratorium pinjaman automatik, pengecualian pembayaran berkanun, dan penalti moratorium kepada agensi kerajaan serta pengecualian cukai,” katanya.

Semalam, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa Putrajaya “segera” bergerak memasuki fasa kedua PKP sebaik fasa pertama berakhir.

Presidennya, Soh Thian Lai, berkata fasa pertama PKP penuh yang sedang dilaksanakan amat mencabar apabila sektor perlu turut bergelut akibat kekangan dari segi kapasiti dan pengoperasian.

Katanya, secara keseluruhan industri itu dalam keadaan terdesak dan lemah, apabila pendapatan dan aliran tunai terjejas teruk apabila mereka gagal memenuhi kewajipan kontrak rantaian bekalan global.

Katanya, golongan itu turut berdepan masalah dengan pelanggan apabila pesanan tertangguh atau dibatalkan akibat masalah komitmen eksport.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menolak anggapan bahawa Fasa 1 akan berakhir pada 28 Jun. Katanya ia disasarkan untuk berakhir pada Julai.

Tamat lockdown beri lebih bantuan kewangan kata majikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Pemilihan UMNO akan ditangguh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker