Pemilihan UMNO akan ditangguh?

Sebaran :

 

Pemilihan UMNO akan ditangguh? Umno hampir pasti menangguhkan pemilihan parti itu selepas majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan berdasarkan perlembagaan Umno menurut laporan yang dikeluarkan Malaysiakini.

Menurut sumber yang juga ahli MT Umno, kata sepakat itu dicapai melalui satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

Ia selepas MT Umno tidak dapat bermesyuarat ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini yang akan berakhir 28 Jun.

“MT buat keputusan dalam bentuk ‘circular resolution’. Ini pernah dibuat sebelumnya.

“Kita buat sebegini kerana MT Umno tidak dapat dipanggil untuk bermesyuarat,”

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak mengendahkan gesaan agar pemilihan Umno diadakan.

Nazri berkata, tempoh Zahid sebagai presiden sepatutnya berakhir bulan ini dan selepas itu pemilihan baru mesti diadakan.

“Zahid ni, dia suruh buat parlimen secepat mungkin.

“Kalau (sesuatu yang) mendorong kepada PRU minta secepat mungkin, tapi pemilihan parti buat-buat tak dengar,”

Gesaan serupa dibuat oleh Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Mac lalu agar Umno segera mengadakan pemilihan bagi menyelesaikan isu dalaman parti itu.

Katanya, pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan.

Turut menyuarakan pandangan sama ialah Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim yang menyaran supaya pemilihan parti itu tidak ditangguhkan dan dilaksanakan mengikut Perlembagaan Umno.

Bagaimanapun Shahidan mengakui MT Umno boleh membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan.

Berdasarkan resolusi itu, Zahid Hamidi akan kekal menerajui parti sehingga tahun 2023.

Dalam pada itu,  seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu.

Katanya, melalui resolusi secara dalam talian itu, majoriti MT Umno bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti.

Jelasnya, Umno telah mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menyarankan pemilihan ditangguhkan.

“Semua setuju tangguh pemilihan, jadi, selepas penangguhan selama 18 bulan, pemilihan Umno dijangka akan diadakan awal 2023,” katanya ketika dihubungi.

Pemilihan UMNO akan ditangguh?

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Amanat Hadi 2.0? Harap-harap tak


Sebaran :

Leave a Reply