Total lockdown bermula 1 Jun berjaya atau

Total lockdown bermula 1 Jun berjaya atau.. Secara umumnya, kes harian #COVID19 menunjukkan trend penurunan namun tetap pada nilai yang tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari. Pada masa yang sama, kes harian Selangor juga terus menjadi penyumbang utama kes harian Malaysia.

Beberapa negeri telah menunjukkan trend penurunan khususnya Terengganu yang hampir 2 minggu kekal pada bawah 100 kes sehari.

Adakah total lockdown GAGAL di Selangor manakala BERJAYA di Terengganu? Apakah faktor KEGAGALAN di Selangor?



Adakah patut kerajaan Perikatan Nasional (PN) teruskan total lockdown untuk seluruh negara atau boleh longgarkan untuk negeri yang semakin baik perubahannya?

Tetapi, Terengganu juga perlu belajar dari kluster komuniti dan kluster raya yang berlaku dalam sebulan yang lepas. Disebabkan kesilapan individu tertentu yang melanggar arahan kuarantin, potong gelang tapi tetap bergaul dalam komuniti telah menyebabkan kes yang banyak di kalangan keluarga dan masyarakat. We have learnt the hard way!

Justeru, rakyat Terengganu mesti terus patuh kepada arahan dan Prosedur Standard Operasi (SOP), pakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Kalau diberi peluang untuk dilonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) cubalah patuh pada SOP supaya kita boleh hidup seperti sediakala.



Dr Ihsanuddin Abbas
AJK Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Total lockdown bermula 1 Jun berjaya atau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 




Surat fitnah jawatan PM, Hishammuddin sah buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker