Surat fitnah jawatan PM, Hishammuddin sah buat laporan polis

 

Surat fitnah jawatan PM Hishammuddin sah buat laporan polis.  Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien membuat laporan polis terhadap surat palsu mengaitkan namanya yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah kononnya mendapat sokongan menubuhkan kerajaan baharu Persekutuan.

Menurut beliau, laporan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa surat tersebut, kepala surat, tandatangan dan cop perakuan penerimaan adalah palsu serta telah direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Dengan laporan ini juga, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik perbuatan ini mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.

“Saya konsisten dengan politik fitnah dan politik kebencian tidak sepatutnya terus menjadi amalan politik negara apatah lagi kita sedang berdepan situasi getir ekoran Covid-19 ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laporan polis telah dibuat oleh pegawai Hishamuddin di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Terdahulu Hishamuddin menafikan khabar angin membabitkan sepucuk surat kononnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong dan beliau mendapat sokongan menubuhkan kerajaan baharu Persekutuan.

Menurut surat yang dikatakan bertarikh 22 Jun itu dan diterima oleh pegawai istana semalam, Hishamuddin kononnya mendakwa Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Surat kononnya menyenaraikan cadangan nama barisan Kabinet antaranya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta beberapa ahli Parlimen Warisan, UMNO dan Pas.

Senarai itu menamakan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, manakala Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dan kedua.

Sebelum ini, tular sepucuk surat ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan keahlian Hishamuddin sebagai ahli UMNO dipecat.

Surat fitnah jawatan PM Hishammuddin sah buat laporan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Cabut atap rumah lepas cerai kerana harta sepencarian

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker