Ikan ketum, polis tahan dua lelaki
Ikan ketum, polis tahan dua lelaki
Polis tahan 2 lelaki hantar ‘ikan ketum’, rampasan lebih RM10,000
Dua lelaki dipercayai bertindak sebagai “penghantar kurier” daun ketum yang diisi dalam bekas polisterin didakwa ikan ditahan polis di susur keluar sekatan jalan raya (SJR) Seremban–Port Dickson dekat Seremban awal pagi tadi.
Kedua-dua lelaki iaitu pemandu lori serta rakannya berusia 36 dan 24 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di susur keluar SJR itu pada 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim, berkata suspek pada mulanya cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa lori yang dibawa berisi muatan ikan sebaliknya pemeriksaan menemui daun ketum yang diisi dalam bekas polisterin.
“Dalam pemeriksaan dijalankan, polis menemui 23 kotak polisterin mengandungi 345kg daun berwarna hijau disyaki ketum bernilai RM10,350,” katanya menurut laporan Kosmo.
Said berkata, siasatan awal mendapati suspek dari Merbau, Kedah, dengan tujuan menjadi penghantar kurier daun ketum kepada seorang individu dipercayai berada di Port Dickson.
“Polis masih menyiasat sama ada suspek sudah biasa melakukan kerja itu atau baru pertama kali.
“Kita dapati pemandu lori itu mengambil upah menghantar daun ketum dan bayaran dikenakan masih dalam siasatan,” katanya.
Ikan ketum, polis tahan dua lelaki
Baca Artikel Menarik :
- Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
- RESEPI KUIH LAPIS BERGEDIK SUKATAN CAWAN
- Terkhilaf keluar Amanah, Hasnul minta maaf
- RM20,000 sehari jual durian waktu PKP
- JKom dibayar lawan pembangkang, bukan saya – Najib
- Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.