Azab sarung PPE ketika panas terik
Azab sarung PPE ketika panas terik. Cuaca panas dan terik sejak beberapa hari lalu menjadi cabaran terbesar bagi puluhan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang perlu memakai kelengkapan pelindung diri (PPE) sepanjang bertugas di Perumahan Awam Desa Rejang di sini.
Difahamkan rata-rata mereka perlu memakai PPE sekurang-kurangnya lima jam sehari sepanjang penugasan di zon merah itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat lalu
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Wilayah Persekutuan, Kolonel (PA), Effendy Ali berkata, ketahanan fizikal yang tinggi diperlukan petugas APM dan pelbagai agensi yang menyelia lokasi dihuni hampir 12,000 penduduk itu.
Beliau berkata, pemakaian PPE menyebabkan petugas akan merasai haba panas menjangkau 40 darjah celcius berikutan bahagian luar tubuh ditutupi penuh lapisan plastik PPE.
“Pakaian PPE ini digunakan bagi mengelak penyebaran jangkitan Covid-19 kepada petugas APM dan lain lain agensi yang bertugas di lapangan.
“Ia ibarat berada di dalam sauna terutama ketika mereka ini perlu bergerak untuk menghantar bekalan makanan kepada penghuni yang menjalani PKPD.
“Sehingga semalam, seramai 28 anggota APM perlu membuat penghantaran bakul makanan ke 1,328 unit rumah di 6 blok Perumahan Awam Desa Rejang di sini,” katanya turut bekerjasama dengan petugasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rela, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Penerangan Malaysia (Japen).
Menurutnya, APM juga perlu mengemaskini laporan harian untuk pelaporan sekretariat kepada pihak pengurusan APM.
Sementara itu salah seorang anggota APM, Sarjan Adi Putra Johari, 46, mengakui berdepan pelbagai cabaran ketika mengendalikan keperluan penduduk di lokasi PKPD itu.
Dia yang sudah 20 tahun berkhidmat dalam APM pernah ditugaskan di PKPD Pasar Borong, Kuala Lumpur sebelum memikul tugasan di PKPD Desa Rejang.
Menurutnya, dia perlu memastikan anggota APM di bawah seliaannya bersedia dari segi kesihatan serta mengutamakan keselamatan dan disiplin anggota.
Azab sarung PPE ketika panas terik
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?
- Langkah Nazri sokong Hisham strategi lemah
- Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam
- M40 jadi B40, terpaksa minta beras sekarang
- Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM
- Resepi Kerabu Maggi Thai
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.