Kes pandu uji Ford Ranger, MB Kedah belum tentu lepas

Sebaran :

Kes pandu uji Ford Ranger, MB Kedah belum tentu lepas. Polis Pulau Pinang menunggu nasihat dan pandangan undang-undang daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) bagi menentukan tindakan seterusnya dalam kes menteri besar Kedah yang didakwa memandu uji kenderaan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam kejadian 5 Jun lalu, Muhammad Sanusi Md Nor didakwa memandu uji kenderaan pacuan empat roda jenis Ford di pusat pameran dan jualan di Autocity, Juru.

Ketua Polis Pulau Pinang, Sahabudin Abdul Manan berkata, kertas siasatan mengenai dakwaan itu sudah lengkap dan diserahkan kepada PPN untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan yang sebelum ini dirujuk ke Bukit Aman sudah lengkap sepenuhnya dan ia diserahkan kepada PPN untuk diteliti dan memberi cadangan selanjutnya.

“Oleh itu, kita tunggu nasihat dan pandangan undang-undang PPN, tambahan pula insiden berlaku ketika polis tidak berada di lokasi kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sahabudin berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan dengan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan merekodkan keterangan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.

Sebelum ini, tular gambar Sanusi yang dipercayai memandu uji sebuah kenderaan di media sosial.

Tindakan beliau mendapat kecaman warganet yang kebanyakannya marah dan tidak berpuas hati dengan menyifatkan ADUN Jeneri itu tidak sensitif serta melanggar SOP PKP.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 bagi menyiasat kejadian itu.

Kes pandu uji Ford Ranger, MB Kedah belum tentu lepas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?


Sebaran :

Leave a Reply