Mokhtar Dahari Bekas Penjaring Terbanyak Dunia

Penjaring terbanyak sepanjang zaman… (dari kiri) Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Ali Daei dan Cristiano Ronaldo.

Mokhtar Dahari Bekas Penjaring Terbanyak Dunia. Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah memegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman satu ketika dulu.

Berdasarkan beberapa statistik yang melaporkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar yang lebih dikenali sebagai ‘Super Mokh’ meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Pencapaian 89 gol itu dilakar sehingga tahun 1991, sebelum Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun sama.

Berdasarkan rekod berkenaan, Mokhtar berjaya memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Jadi, secara tidak langsung Mokhtar pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia pada waktu itu, sebelum rekod berkenaan dipintas legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.

Bagaimanapun, dua gol daripada pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menyaksikan dia turut meledak 109 gol, sekali gus terikat dengan Daei bagi gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Dengan penyerang Juventus itu masih lagi aktif bermain dan berjaya membawa Portugal ke pusingan 16 terbaik, Ronaldo hanya memerlukan satu lagi gol untuk bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman yang mutlak.

Apapun, rekod Mokhtar sememangnya perlu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, apatah lagi beliau masih menghuni tangga kedua setakat ini bagi pencapaian penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman:

1. Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal) 109 gol

2. Mokhtar Dahari (Malaysia) 89 gol

3. Ferenc Puskas (Hungary) 84 gol

4. Godfrey Chitalu (Zambia) 79 gol

5. Hussein Saeed (Iraq) 78 gol

6. Pele (Brazil) 77 gol

7. Ali Mabkhout (Emiriah Arab Bersatu) 76 gol

8. Sandor Kocsis (Hungary) 75 gol

Mokhtar Dahari Bekas Penjaring Terbanyak Dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker