Tengku Zafrul kata pelaburan diluluskan dijangka meningkat

Tengku Zafrul kata pelaburan diluluskan dijangka meningkat. Jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2021 dijangka akan mencapai angka lebih tinggi berbanding tahun

lalu, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, terdapat tanda positif bahawa ekonomi negara sedang dalam tahap pemulihan dengan pakej rangsangan Kerajaan membuahkan hasil.

Katanya, setakat suku kedua tahun ini, negara telah mencapai nilai hampir RM100 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama, dengan keyakinan tinggi bahawa tahap pelaburan lebih tinggi mampu dicapai menjelang akhir tahun ini termasuk pelaburan langsung asing (FDI).

“Tahun lalu, Malaysia berjaya mencatat jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM164 bilion walaupun mendepani cabaran wabak global dengan pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 60.9 peratus (RM99.8 bilion) dan FDI meningkat 39.1 peratus (RM64.2 bilion).

“Keutamaan kini ditumpukan kepada pelaburan bernilai tinggi di bidang baru seperti teknologi tinggi, teknologi hijau, industri solar, kenderaan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui sebagai usaha meningkatkan kebolehupayaan pekerja Malaysia,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-58.

Tengku Zafrul berkata, ekonomi Malaysia dijangka pulih secara beransur-ansur berikutan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang

semakin meningkat, dan paras ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dipenuhi untuk pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial yang lebih meluas.

Setakat ini, beliau berkata, Malaysia telah memberi secara purata 160,000 dos setiap hari, yang mana dijangkakan meningkat kepada 400,000 dos setiap hari pada Ogos 2021, dan dengan pada kadar itu, 60 peratus penduduk dijangka mendapat vaksin sepenuhnya pada akhir Oktober tahun ini.

Mengenai S&P Global Ratings (S&P) yang mengesahkan semula penarafan kredit kedaulatan mata wang asing dan mata wang

Zahid kalau pemilihan Umno buat tak dengar

tempatan jangka panjang Malaysia pada ‘A-‘ dan ‘A’ dengan tinjauan negatif, Tengku Zafrul menyifatkan, pengesahan itu membuktikan

kedudukan luaran negara yang kukuh, fleksibiliti dasar monetari, rekod menyokong pertumbuhan ekonomi mampan dan ketahanan ekonomi pada masa yang tidak menentu yang diiktiraf.

Beliau berkata, ia menunjukkan keyakinan S&P terhadap Malaysia di tengah-tengah tekanan penilaian kredit yang belum pernah

terjadi sebelumnya di peringkat global, yang mana kira-kira 20 peratus daripada semua penarafan hutang dengan

prospek negatif pada akhir 2020 telah diturunkan oleh tiga agensi penarafan kredit utama setakat ini.

Dalam pengekalan dan penjanaan pekerjaan, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah memperkenalkan Program KerjayaGig melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menggalakkan individu untuk mengambil peluang dalam bidang pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig.

Beliau berkata, program itu menawarkan insentif bulanan sebanyak RM600 bagi individu selagi mana mereka terbabit dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga enam bulan.

Di samping itu, katanya, insentif berjumlah RM200 secara one-off pula akan ditawarkan kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang berdaftar dengan PERKESO.

“Golongan yang layak menerima insentif ini adalah pekerja formal yang diberikan notis cuti tanpa gaji; individu yang kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO mahupun pencari kerja dari golongan rentan, seperti golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya.

“Program ini adalah pemerluasan skop insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 yang juga menyediakan pelbagai insentif seperti “Malaysianisation”, yang mana 40 peratus daripada gaji bulanan akan dibayar kepada majikan (dengan kadar maksima insentif sebanyak RM4,000) dan insentif tambahan sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan atau RM500 minimum dibayar terus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing,” katanya.

Mengenai program latihan dan kemahiran semula, Tengku Zafrul berkata, setakat 11 Jun lalu, seramai 143,309 peserta telah diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program yang disediakan.

Tengku Zafrul kata pelaburan diluluskan dijangka meningkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker