Pelacur WeChat Taman Maluri diberkas


Pelacur WeChat Taman Maluri diberkas

15 pelacur warga asing ditahan dalam serbuan imigresen

BAYAR RM230 hingga RM500 untuk 45 minit, itulah kadar yang dikenakan bagi individiu yang mahu melanggan pelacur di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

Kegiatan pelacuran yang menawarkan pelanggan boleh membuat tempahan melalui aplikasi ‘WeChat’, ‘Telegram’ atau ‘LINK’ itu tumpas dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzamee Daud berkata, 15 wanita warga asing adalah antara 22 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.

‘’kesemua mereka yang berusia antara 19 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira 7 malam,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita terbabit terdiri daripada 11 warga Thailand, tiga Vietnam dan seorang Indonesia manakala tujuh lelaki yang ditahan merupakan penyelia dan pengurus di premis berkenaan.


Pelacur WeChat Taman Maluri diberkas

“Tiga pelanggan dan pekerja hotel yang berada di lokasi pula diberikan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kegiatan itu dijalankan di tingkat tiga hotel berkenaan manakala bilik-bilik didaftar menggunakan nama warganegara tempatan yang disyaki bertindak sebagai penjaga bagi wanita-wanita itu,” katanya.

Beliau berkata hanya pelanggan yang dikenali dibenarkan untuk melanggan khidmat pelacuran yang ditawarkan bagi mengelak ia dihidu pihak penguat kuasa, dan kegiatan itu dipercayai dijalankan atas pengetahuan pihak pengurusan hotel terbabit.

Khairul Dzaimee berkata perkhidmatan seks ditawarkan dengan harga dari RM230 hingga RM500 bagi tempoh masa selama 45 minit dengan separuh bayaran diambil oleh majikan dan selebihnya merupakan tip untuk wanita berkenaan bagi setiap pelanggan.

“Pelanggan terlebih dahulu memilih wanita warga asing yang ingin dilanggan melalui aplikasi ‘WeChat’, ‘Telegram’ atau ‘LINK’ dan bayaran perlu dilakukan kepada penjaga atau penyelia terlebih dahulu di lobi hotel sebelum diberikan nombor bilik wanita yang ditempah,” katanya.

Beliau berkata turut dirampas semasa serbuan itu, beberapa keping kondom, minyak pelincir, kad akses bilik, Kamera Litar Tertutup hotel dan telefon bimbit bagi membantu siasatan.

“Kesemua tahanan akan dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan atas pelbagai kesalahan.

“Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan,” katanya. Utv

Pelacur WeChat Taman Maluri diberkas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri anggota polis kena penjara 30 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker