Wujud pangkalan data untuk banteras ‘Ali Baba’ – Johari

Wujud pangkalan data untuk banteras ‘Ali Baba’ – Johari

Suatu pangkalan data khusus syarikat berkelayakan harus diwujudkan untuk membanteras amalan “Ali Baba” yang merencatkan usaha kerajaan membantu usahawan Bumiputera, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani.

Bekas menteri kewangan II itu menjelaskan melalui pangkalan data tersebut tapisan dapat dibuat sebelum projek kerajaan diberikan.



“Banyak dah usaha kerajaan beri gagal sebab konsep ‘Ali Baba’. Kita nak bagi usahawan Bumiputera tulen… untuk itu kena ada satu pangkalan data yang dikawal kerajaan, bukan dikawal setiap kementerian,” katanya pada sidang media selepas perbincangan sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang tadi.

“Ali Baba” merujuk kepada cara perusahaan yang memakai nama Melayu atau kelihatan dimiliki atau diurus oleh orang Melayu tetapi diselenggarakan oleh bangsa lain.

Johari, yang juga naib presiden Umno, bimbang ketiadaan pangkalan data yang lengkap dan tapisan yang teliti akan menyebabkan kerajaan selamanya memberi peluang kepada orang yang salah, bukannya usahawan sebenar.

“Kalau kerajaan nak bantu Bumiputera perlu ada pangkalan data yang kita boleh rujuk. Mungkin dia tak layak dapat projek atau dapat agihan kerajaan untuk kontrak,” katanya, dan menambah pangkalan data tersebut harus boleh diakses oleh orang awam.



“Kalau itu boleh buat tiada masalah.”

Terdahulu, Johari menyertai forum membincangkan aspirasi memperkukuhkan agenda Bumiputera, sebahagian daripada aturcara kongres yang berlangsung hari ini hingga Sabtu. FMT

Wujud pangkalan data untuk banteras ‘Ali Baba’ – Johari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker