Cemas ular tedung hitam masuk dalam baju
Cemas ular tedung hitam masuk dalam baju
PONTIAN – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tedung hitam memasuki baju yang dipakainya dalam kejadian di Balai Polis Ayer Baloi di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa yang berusia lapan tahun itu dikatakan sedang berbaring di dalam ruang pantri rumah keluarganya.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Noor Parmon berkata, seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.
“Pasukan Keluar Operasi (PKO) mendapati benar terdapat seekor anak ular tedung hitan berukuran 0.5 meter telah memasuki baju kanak-kanak berusia lapan tahun.
“PKO bertindak mengunting baju yang dipakai mangsa sebelum ular terbabit berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Noor berkata, reptilia berkenaan dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan penduduk.
Jelasnya, pemeriksaan mendapati kanak-kanak terbabit terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. K Online
Cemas ular tedung hitam masuk dalam baju
Baca Artikel Menarik :
- Perpecahan Umno kepada 3 ‘puak’ siapa yang untung
- Khairy apa jadi pada 5 juta vaksin dari Eropah?
- Shahidan jangan tembak dalam gelap, reka cerita kucar-kacirkan keadaan
- LAN SOLO BENGANG : KEDAI KENA SAMAN LAGI [VIDEO]
- Resepi Ikan Kerapu Bara Goreng Halia dan Bawang Putih
- Resepi Mee Kuah Daging
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.