Cara nak buka Parlimen – Faizal Azumu




Cara nak buka Parlimen – Faizal Azumu

‘Nak buka Parlimen ada caranya’

Pembukaan semula sidang Parlimen tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu mengikut asas Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata beberapa perancangan rapi khususnya berkaitan aspek keselamatan dan teknikal juga wajar diambil kira.

Sehubungan itu, katanya, persiapan mengadakan semula persidangan Parlimen harus dilakukan dengan rapi dan memerlukan masa, selain menepati asas perundangan.




“Bila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya Parlimen dibuka semula secepat mungkin, kita dalam blok kerajaan menjunjung pandangan sedemikian.

“Justeru, kerajaan berusaha memanggil sidang Parlimen dengan mendapatkan satu tarikh daripada Seri Paduka, disusuli notis hadir mesyuarat kepada semua Ahli Parlimen.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat (Datuk Azhar Azizan Harun) perlu menghantar notis 28 hari sebelum tarikh mesyuarat, sebelum satu sidang boleh diadakan.

“Semua kena maklum bahawa nak panggil sidang Parlimen ini bukan semudah anjur program menerusi WhatsApp, tetapi kena ikut asas perundangan,” katanya dalam program Bicara Naratif yang disiarkan di TV1, malam tadi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, hari ini dilaporkan berkata notis 28 hari boleh dibatalkan mengikut Peraturan Mesyuarat 9(2)(b) untuk tujuan kes terdesak, seperti ditentukan Speaker Parlimen.




Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun menyuarakan harapan supaya keghairahan mengadakan semula sidang Dewan Rakyat tidak mempunyai ‘agenda tersembunyi’.

Sebaliknya, beliau menggesa sidang berkenaan digunakan sepenuhnya sebagai pentas merungkai pelbagai permasalahan berkaitan kebajikan rakyat, dasar kerajaan dan usaha membendung COVID-19.

“Kalau ghairah nak pergi Parlimen atas tujuan lain, termasuk demi memastikan kuasa politik seseorang dapat dipenuhi sehingga susahkan rakyat, lebih baik perbetulkan dulu niat.

“Presiden saya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun mahu ke Parlimen kerana banyak perkara nak bincang dan bersama landaikan lengkuk jangkitan.

“Usahlah cakap nak lawan COVID-19, tetapi ada Ahli Parlimen sibuk sekarang pergi kumpul akuan bersumpah (SD), demi memastikan seseorang jadi Perdana Menteri, manakala seorang lagi jatuh (digulingkan).




“Itu yang kita nak elakkan,” katanya.

Cara nak buka Parlimen – Faizal Azumu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bagai cerita kartun, karut, Zahid jawab Nazri



Leave a Reply

Your email address will not be published.