Euro2020 :France, German, Portugal, Spain dan Sweden mara


Euro2020 :France, German, Portugal, Spain dan Sweden mara

France juara kumpulan, German dan Portugal turut mara pusingan kalah mati

BUDAPEST: Dua penalti daripada Cristiano Ronaldo membantu juara bertahan Portugal mara ke pusingan kalah mati Euro 2020 selepas seri 2-2 menentang France dalam perlawanan penutup penuh dramatik Kumpulan F.

Dalam aksi penuh debaran itu, Ronaldo terlebih dahulu membuka jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30.

Skuad bimbingan Fernando Santos mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti kedua bintang Juventus, Ronaldo, sekali gus muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 109 gol, menyamai rekod dipegang bekas penyerang Iran, Ali Daei.

Skuad bimbingan Didier Deschamps, France selaku juara kumpulan maut bakal berdepan Switzerland dalam peringkat 16 terakhir di Arena Nationala, Bucharest, Romania Isnin depan.

Portugal pula, tetap layak ke peringkat kalah mati biarpun berada di tangga ketiga Kumpulan F selepas menghuni tangga teratas dalam kedudukan pasukan di tempat ketiga dan bakal bertemu Belgium di Stadium La Cartuja, Sepanyol, Ahad ini.

Sementara itu, German akan berdepan England di pusingan 16 terbaik apabila bangkit dua kali untuk menyingkirkan Hungary daripada Euro 2020.

Tandukan hebat Adam Szalai yang beraksi di Mainz membolehkan mereka mengejutkan Jerman untuk gol pembukaan.

Adam Schafer menjangkakan Hungary bakal meraih mata penuh apabila meletakkan pasukan berkenaan di hadapan hanya 90 saat selepas Kai Havertz meledak gol penyamaan.

Namun, pemain gantian, Leon Goretzka menjadikan kedudukan 2-2 di hujung permainan.

Ini menyaksikan German menamatkan saingan Kumpulan F di tangga kedua dan menempah slot ke pusingan kalah mati bertemu anak buah Gareth Southgate di Wembley, minggu depan.

Sweden juara Kumpulan E, Spain mengamuk belasah Slovakia 5-0


PARIS: Impian Poland untuk melangkah ke peringkat 16 terbaik Euro 2020 hancur berkecai selepas tewas 2-3 kepada Sweden pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Krestovsky awal pagi tadi.

Kekalahan itu menutup rapat peluang Poland yang terdesak memerlukan kemenangan ke atas Sweden untuk menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan E selepas seri dan tewas dalam dua aksi sebelum ini.

Kemenangan itu menyaksikan Sweden menjuarai Kumpulan E dan ia dijadualkan menentang pasukan tempat ketiga daripada Kumpulan B atau C di peringkat 16 terbaik pada 29 Jun.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E, Spain akhirnya melakar kemenangan pertama pada saingan Euro 2020 selepas membelasah Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium La Cartuja.

Kemenangan itu sekali gus memastikan skuad kendalian Luis Enrique melangkah ke pusingan kalah mati sebagai naib juara kumpulan selepas mengumpul lima mata menerusi satu kemenangan dan dua seri.

Jentera serangan Spain yang diketuai Alvaro Morata, bagaimanapun dilihat kurang menyengat pada awal saingan, lebih-lebih lagi selepas Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11.

Bagaimanapun, La Roja mendapat gol yang dinanti-nantikan apabila penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka menumbuk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-30 selepas percubaan Pablo Sarabia terkena palang.

Poland tersingkir bersama Slovakia yang menduduki tempat ketiga.

Euro2020 :France, German, Portugal, Spain dan Sweden mara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib didakwa curi lembu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker