Buka parlimen: Hasil falsafah ‘scheme of things’


Buka parlimen: Hasil falsafah ‘scheme of things’

Polemik buka parlimen: Hasil falsafah ‘scheme of things’ – Shahrir

Ketika hampir semua negeri menyatakan kesediaan untuk membuka dewan undang negeri (DUN) masing-masing, masih ada segelintir yang menunjukkan sikap sebaliknya.

Mengulas perkembangan itu veteran Umno Shahrir Samad berkata pihak yang berkenaan masih yakin kepada “falsafah” bahawa dewan perundangan tertakluk kepada perdana menteri dan menteri besar.

“Inilah hasil daripada falsafah politik scheme of things yang dijadikan asas politik Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.

Menurut bekas menteri Umno itu setakat ini lapan negeri sudah menyatakan sikap mereka untuk membuka DUN bagi membolehkan sidang berlangsung.

Semua itu, katanya, berlaku tanpa ada mana-mana pihak berbahas mengenai maksud “secepat mungkin” seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 16 Jun lalu.

Selain itu kata Shahrir tiada polemik mengenai peruntukan dalam perlembagaan mengenai kuasa yang ada, selain tidak timbul cadangan menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti bagaimana DUN boleh bersidang secepat mungkin.

“Terus disambut secara ikhlas dan teratur pendirian raja-raja pemerintah mereka. Kecuali bagi Kedah, Kelantan dan Terenganu,” katanya lagi merujuk kepada tiga negeri yang kini diketuai PAS.

Pada 16 Jun lalu Agong menyatakan pandangan bahawa parlimen wajar dibuka secepat mungkin. Ia kemudian disokong Majlis Raja-raja yang mengeluarkan kenyataan berasingan selepas itu.

Mereka juga berpendapat perlunya negara ini ditadbir sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengelola hal ehwal undang-undang serta parlimen Takiyuddin Hassan menyatakan walaupun raja-raja Melayu berpendapat sidang wajar diadakan secepat mungkin, tiada sebarang tarikh dinyatakan secara khusus.

Perdana Menteri Muhyddin Yassin pula – yang sebelum ini membayangkan parlimen akan dibuka pada Sept atau Okt – berkata sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk meneliti kaedah bagaimana Dewan Rakyat boleh bersidang.

Seorang peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla, mendakwa langkah diambil Muhyiddin itu sekadar cara kerajaan melengahkan parlimen dibuka.

Kata Shahrir di lapan negeri tidak timbul sebarang prasangka terhadap kebijaksanaan raja-raja Melayu yang menyerahkan peranan menyatukan rakyat secara langsung kepada wakil-wakil rakyat yang telah dipilih pada PRU lalu.

“Di pusat dan tiga lagi negeri, kepimpinan kerajaan masih tetap bersandar falsafah politik bahawa dewan perundangan ditakluki oleh perdana menteri dan menteri besar,” katanya. Mk

Buka parlimen: Hasil falsafah ‘scheme of things’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Amanat Haji Abdul Hadi Sesat, Jakim semak dakwaan padam fatwa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker