Amanat Haji Abdul Hadi Sesat, Jakim semak dakwaan padam fatwa



Amanat Haji Abdul Hadi Sesat, Jakim semak dakwaan padam fatwa. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan akan memeriksa dahulu dakwaan memadamkan fatwa ‘Amanat Haji Abdul Hadi’ di laman rasminya.

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, pihaknya akan menyemak dakwaan berkaitan fatwa yang berkait dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Saya semak dulu,” katanya pada Isnin.

Sejak dilontarkan pada tahun 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu, ucapan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang itu mengundang kritikan kerana dianggap memecah-belahkan umat Islam.

Laporan media menyebut Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan ‘Amanat Haji Abdul Hadi’ sebagai sesat.




Pada Isnin, tular tangkap layar ciapan pengguna Twitter yang mempersoalkan tindakan Jakim yang dipercayai memadam fatwa ‘Amanat Haji Abdul Hadi’.

“Apakah benar @MyJakim telah memadam fatwa amanat Haji Hadi yang telah difatwakan haram pada 2002?

“Jangan permainkan hukum sebab politik,” ujarnya dalam ciapan Twitter.

Amanat Haji Abdul Hadi Sesat, Jakim semak dakwaan padam fatwa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Mayat warga emas berulat ditemui atas tangga



Leave a Reply

Your email address will not be published.