Pendaki pengsan daki bukit akan dikompaun




Pendaki pengsan daki bukit akan dikompaun

Ingkar SOP: Pendaki pengsan daki bukit akan dikompaun

Lelaki pengsan yang diselamatkan oleh bomba semasa mendaki bukit bakal dikenakan tindakan kompaun selepas didapati melanggar SOP PKP dan terlibat aktiviti pendakian yang dilarang oleh MKN akibat Covid-19.

Tindakan polis akan menyusul ke atas seorang lelaki yang diselamatkan akibat pengsan semasa mendaki bukit di laluan Rawang Bypass, Gombak semalam.

Ia kerana individu berkenaan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana melakukan aktiviti mendaki.




Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed mengesahkan perkara itu kepada media dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau merujuk kepada kejadian itu yang tular di media sosial Facebook dan WhatsApp.

“Polis ingin mengesahkan bahawa aktiviti mendaki yang dilakukan oleh mangsa adalah tidak dibenarkan dalam tempoh PKP 3.0 sebagaimana arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Tambah Zainal, tindakan lelaki berkenaan melakukan aktiviti mendaki itu adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 17 PU(A) 243/2021 Peraturan Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 2) 2021.

“Untuk makluman juga, semakan sehingga kini dapati tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak,” ujarnya.




Semalam seorang lelaki melakukan aktiviti mendaki di kawasan terbabit terpaksa diselamatkan sepasukan anggota bomba selepas pengsan.

Kejadian itu kemudian tular di media sosial dan perbuatan itu dianggap mengingkari SOP oleh netizen. MG

Pendaki pengsan daki bukit akan dikompaun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Pengacara seksi Euro2020 terima gurauan lucah



Leave a Reply

Your email address will not be published.