Pengacara seksi Euro2020 terima gurauan lucah


Pengacara seksi Euro2020 terima gurauan lucah

Rom: Pengacara televisyen, Paolo Ferrari bukan saja dibandingkan dengan pelakon Hollywood, Sharon Stone malah ada juga peminat nakal yang membuat telahan ‘nakal’ sama ada dia memakai seluar dalam atau tidak ketika mengendalikan program Euro 2020.

Bagaimanapun, pengacara berusia 60 tahun itu mengakui bahawa dia bukannya teruk sangat sehingga tidak memakai seluar dalam ketika ke udara.

Ferrari, yang mengenakan gaun hitam, menjadi perhatian peminat terutama ketika mengubah kedudukan kakinya ketika duduk mengendalikan rancangan berkenaan.



“Ia menjadi tular, mereka lebih banyak menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) terhadap saya bukannya di atas padang bola sepak membabitkan perlawanan Euro.

“Memang ia berlaku (gurauan lucah) tapi tidak ada apa yang serius,” katanya yang turut menafikan bahawa mempunyai tatu di bahagian sulit seperti didakwa sebahagian penonton.

Mengenai perbandingannya dengan Sharon Stone, Ferrari mengakui sangat teruja dengan perkara itu dan tidak lupa adegan dalam filem Basic Instinct membabitkan pelakon berkenaan. HM



Pengacara seksi Euro2020 terima gurauan lucah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parti seks di kondo



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker