Umno Kelantan juga desak parlimen dibuka dalam 14 hari

Sebaran :

Umno Kelantan juga desak parlimen dibuka dalam 14 hari. Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata kesuburan demokrasi perlu dihormati sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan perlembagaan ketika negara berada dalam krisis Covid-19 yang memberi kesan kepada semua pihak.

“Sidang parlimen kali ini amat mustahak untuk disegerakan bagi membolehkan suara, harapan dan pelbagai tuntutan rakyat yang sedang dalam keresahan dan kesempitan di kala pandemik Covid-19 dapat disuarakan dan dibahaskan seterusnya diangkat secara rasmi oleh wakil-wakil yang mereka pilih melalui sistem demokrasi berparlimen,” katanya.

Anggota parlimen Machang berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang membuka pembukaan parlimen dalam tempoh itu, sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Umno Kelantan juga desak parlimen dibuka dalam 14 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen boleh bersidang dalam kilang, sana selamat – Najib


Sebaran :

Leave a Reply