Gelandangan perlu disuntik vaksin Covid-19

Sebaran :

Gambar Hiasan

Gelandangan perlu disuntik vaksin Covid-19. Golongan gelandangan terutama di bandar raya ini perlu diberi suntikan vaksin bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor berkata, permintaan itu sudah dimohon kepada kerajaan negeri pada minggu lalu.

“Kita mahu kerajaan negeri turut ambil perhatian. Minggu lepas kita bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail dan beliau bersetuju (memberikan vaksin kepada gelandangan).

“Kita usul senarai nama melibatkan seramai 229 gelandangan yang berdaftar di bawah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kerana ada keperluan untuk mereka mendapatkan vaksin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau gelandangan di Dataran Tun Sri Lanang di sini pada Isnin.



Dataran itu menjadi tempat pusat pengagihan makanan setiap hari yang disediakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar raya ini.

Sementara itu, Mohd Rashidi berkata, ketika ini dianggarkan terdapat seramai 250 gelandangan dan 229 daripadanya berdaftar dengan PBSM.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa terdapat seramai 500 gelandangan di bandar raya ini, sebaliknya jumlah sebenar tidak lebih 250 orang termasuk yang berdaftar di bawah PBSM.

Gelandangan perlu disuntik vaksin Covid-19


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pas Perak sokong Sidang DUN dibuka segera


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *