Pembangkang gesa terus bersidang, tidak perlu jawatankuasa

Pembangkang gesa terus bersidang, tidak perlu jawatankuasa. Para pemimpin pembangkang menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menetapkan terus tarikh sidang Parlimen, bukannya menubuhkan sebuah jawatankuasa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa antara kerajaan dan pembangkang itu hanya akan melambatkan proses untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Malah, katanya, kerajaan seharusnya mencontohi beberapa negeri yang bersedia untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perlu mewujudkan sebarang jawatankuasa.

“Tidak ada keperluan melaksanakan jawatankuasa kerana nak adakan sidang Parlimen adalah dengan hanya perlu kemukakan notis 28 hari, kemuka usul dan soalan daripada ahli-ahli Parlimen.

“Nasihat Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi konotasi bahawa sidang Parlimen adalah sesuatu yang mendesak, ia menjadi tempat membincangkan isu Covid-19, vaksinasi, darurat, hal-hal kewangan bagi semak dan imbang, jadi tidak perlu jawatankuasa,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin berhubung pembentukan jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang bagi meneliti beberapa aspek penting, sebelum sidang Parlimen diadakan semula.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut merupakan satu keputusan yang tidak perlu kerana Seri Paduka sudah menitahkan ia dibuka.

“Apa guna adakan jawatankuasa kerana yang menentukan nanti adalah Perdana Menteri sendiri, beliau yang tetapkan tarikh,” katanya.

Katanya, kerajaan boleh mengadakan sidang Parlimen seawal minggu hadapan dengan menghantar segera notis kepada semua ahli Parlimen.

Sementara itu, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, banyak pihak telah mencadangkan draf pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan persidangan Dewan Rakyat diadakan secara maya.

Beliau berkata, cadangan itu telah dikemukakan lapan bulan lalu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertujuan memasukkan satu bab baharu bagi membolehkan persidangan secara maya dijalankan.

“Kalau pandangan dan saranan ini dipatuhi lapan bulan lalu, maka tiada halangan untuk Dewan Rakyat bersidang sekarang. Tiada jawatankuasa perlu ditubuhkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Pembangkang gesa terus bersidang, tidak perlu jawatankuasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Akhirnya Celcom Dijual Juga, Tahniah Kerajaan PN

 

Related Articles

One Comment

  1. ‘abah’ tak perlu gentar dengan desakan
    percayalah sebahagian besar rakyat bersama terus menyokong anda
    mereka tak merungut pun kepayahan yang terpaksa dihadapi disebabkan pandemik covid19
    ‘abah’ yang sebenarnya berkuasa dari agong
    titah suruh buka parlimen tu buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker