Tak puas hati potongan rambut, warga emas buat laporan polis

Tak puas hati potongan rambut, warga emas buat laporan polis. Seorang warga emas berusia 78 tahun membuat laporan polis dan meminta ganti rugi sebanyak 80 baht (RM11) selepas rambutnya dipotong tidak sekata.

Wen Fa membuat laporan di Balai Polis Bandung di Udon Thani akibat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh tukang gunting rambut.

Lelaki itu menuntut ganti rugi 60 baht (RM8) bagi perkhidmatan gunting rambut dan 20 baht (RM3) bagi minuman bertenaga yang dibeli di kedai itu.

Pelanggan itu mendakwa, tukang gunting itu enggan memulangkan semula wang yang diberikan.



Timbalan ketua sarjan balai polis itu, Thaworn Saengchanda berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang laporan kerana lelaki itu dilihat tampil kemas dengan gaya rambut baharu.

Pihaknya malah membayar ganti rugi 60 baht kepada warga emas itu tanpa melibatkan tukang gunting rambut berkenaan. – AGENSI

 

Tak puas hati potongan rambut, warga emas buat laporan polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Amanat Haji Abdul Hadi Sesat, Jakim semak dakwaan padam fatwa

 

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker