Kenyataan haram rentas negeri, tekanan punca pihak tidak setuju

 

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah tidak menolak kemungkinan tekanan menjadi punca ada pihak tidak bersetuju dengan kenyataannya mengenai larangan rentas negeri April lalu.

Katanya, beliau memahami keadaan sesetengah pihak pada ketika itu yang tertekan akibat tidak dapat berjumpa ibu bapa setelah sekian lama, termasuk bagi menyambut Aidilfitri.



Ia susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kalau kita lihat keseluruhan ucapan saya itu, merujuk kepada kita perlu patuh arahan ulul amri (pemimpin).

“Dan, kalau saja-saja hendak rentas negeri tanpa ada keperluan, sampai kepada peringkat menipu dokumen, adakah kita boleh terima keadaan itu?

“Jadi, mungkin mereka melihat dari perspektif berbeza. Sebab, kita boleh faham, kita sudah lama dalam situasi begini, tak boleh berjumpa ibu bapa dan sebagainya.



“Mungkin tekanan itu juga mengganggu pemikiran mereka, yang akhirnya mereka begitu tidak bersetuju dengan pandangan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada webinar Islam dan Isu Semasa: Sosialisasi Agamawan Dalam Menangani COVID-19 yang disiarkan di Live FB Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) malam tadi.

Mengulas lanjut, Luqman berkata, kenyataan beliau mengenai hukum haram rentas negeri pada ketika itu dibuat semasa menjawab soalan seorang peserta seminar.

“Ketika itu kita tidak dibenarkan merentas negeri. Saya memberi perspektif saya berasaskan kepada arahan ulul amri.



“Pada masa itu juga kita lihat banyak laporan akhbar yang merujuk kepada pelanggaran-pelanggaran dan penipuan dokumen yang berlaku di kalangan orang ramai yang merentas negeri,” katanya.
BACA: COVID-19: Haram langgar larangan rentas negeri – Mufti Wilayah

Pada 30 April lalu, Luqman berkata, haram hukumnya ingkar larangan merentas negeri yang ditetapkan kerajaan, untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Beliau membuat kenyataan itu pada satu seminar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan itu turut menjadi perdebatan sesetengah pihak dan ada yang bersetuju serta tidak kurang pula yang mengecam hukum haram berkenaan terutama di media sosial.



Kenyataan haram rentas negeri, tekanan punca pihak tidak setuju


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada mesyuarat UMNO hari ini



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker