Restoren daun pisang lakukan penderaan seks
Restoren daun pisang lakukan penderaan seks
Seorang bekas pekerja restoran daun pisang terkenal di sini mendakwa dianiaya dan ditindas, termasuk dipukul oleh majikan manakala rakan sekerja disimbah petrol dan dibakar.
Dakwaan warga India itu kini menjadi fokus media di negara berkenaan dan dalam kalangan masyarakat di Malaysia, selain mengundang tindakan Kementerian Sumber Manusia.
Pekerja itu yang hanya dikenali sebagai Velayuthan, menceritakan pengalaman ngerinya bekerja di restoran nasi daun pisang berkenaan kepada saluran YouTube “Behindwoods Air” di India.
Antara lain, Velayuthan memberitahu hos rancangan, Lakshmy Ramakrishan, bahawa beliau menyaksikan rakan sekerjanya disimbah dengan petrol dan dibakar kerana mengugut untuk membongkarkan kes pencabulan seksual oleh majikan ke atas pekerja restoran.
Pekerja berkenaan dibawa ke klinik dan dipaksa berbohong bahawa kecederaan itu disebabkan letupan gas silinder di restoran itu, menurut Velayuthan.
Susulan pendedahan itu, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan diwawancara oleh Lakshmy dalam program berasingan yang turut disertai oleh Velayuthan.
Saravanan berkata, pihak berkuasa telah menyerbu restoran itu dan menahan seorang individu untuk siasatan.
Beliau dipetik berkata kementerian boleh mendakwa majikan berkenaan jika didapati melanggar undang-undang buruh manakala polis menjalankan siasatan atas dakwaan yang melibatkan aspek jenayah.
Velayutham yang berasal dari Pudukkottai, Tamil Nadu tiba di Malaysia pada 2018 untuk bekerja sebagai tukang kayu tetapi diyakinkan oleh ejennya untuk bekerja di restoran berkenaan “buat sementara.”
Beliau mendakwa tidak pernah menerima gaji secara langsung daripada majikan. Sebaliknya, setiap bulan, ejennya akan menghantar sejumlah wang kepada keluarganya di India, setelah mengambil “komisen” untuk dirinya.
Velayutham berkata, pekerja warga asing di restoran nasi daun pisang itu terpaksa bekerja dari 5 pagi hingga tengah malam setiap hari. Mereka diugut akan dipukul atau dibunuh jika enggan berbuat demikian.
Beliau melarikan diri daripada restoran itu dan kemudian bekerja seketika di sebuah ladang tetapi tidak dibayar gaji oleh majikan.
Velayuthan kemudian bekerja sebagai buruh di sebuah tapak binaan di Seremban. Beliau hanya menerima RM1,000 untuk kerja enam bulan.
Dia kemudian memperoleh pasport sementara dari kedutaan India.
Velayutham turut berkongsi pengalaman “merempat” selama empat bulan di Kuala Lumpur. Beliau tidur “di kaki lima” jalan dan mengisi perut dengan makanan sumbangan Masjid Jamek.
Beliau akhirnya berjaya kembali ke India pada 30 Mei, selepas melancarkan kempen media sosial untuk mendapatkan bantuan bagi membiayai kos penerbangan.
Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan, berkata kisah penderitaan Velayutham kini menjadi perbualan hangat masyarakat Tamil di Malaysia dan India.
Beliau mendakwa apa yang dilalui oleh warga India itu adalah lumrah di Malaysia dengan majikan dan ejen sering menindas pekerja warga asing. FMT
Restoren daun pisang lakukan penderaan seks
Baca Artikel Menarik :
- Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?
- Resepi Gulai Lemak Telur Merecik
- Amy Search ambil vaksin sambil belanja Fantasia Bulan Madu [VIDEO]
- Artis mengaku pada polis beli ganja online
- Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong
- Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.