Resepi Kek Cheese Leleh Necafe Tarik
Resepi Kek Cheese Leleh Necafe Tarik
Bahan-Bahan:
- 5 biji telur
- 1cawan gula halus
- 1sb ovalate
- 1sk esen vanila
– Mix bahan-bahan di atas sampai agak kembang elok
Bahan Diayak:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- Sedikit garam halus
- 1sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
Bahan Lain:
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
Cara Buat:
- Bila bahan mix tadi dah kembang, masukkan 1 cawan susu pekat dan masuk kan 1 cawan minyak masak.
- Slowkan mixer, kemudian masukkan bahan-bahan ayak tadi. Kacau gune tangan je bagi sebati.
- Masukkan 1 sudu besar necafe ori dalam 3/4 cawan air panas, biar larut jap.
- Panas-panas eh masukkan dalam adunan tadi dan kacau rata.
- Panaskan kukusan dan kukus dengan api besar selama 10 minit hingga 15 minit untuk bekas sq 450.
Bahan dan Cara Buat Ganache Melting:
- 350g coklat compound dark beryls – patah-patahkan
- 100g milk compound – patah-patahkan
- 1 cawan 1/2 whipping cream
- 3 sudu majerin
– Panaskan bahan di atas dan whiskkan sampai semua cair. Biarkan seketika selama 2 jam.Bahan dan Cara Buat Nes Tarik Serta Topping Cheese:
1sb serbuk nescafe – Dengan sedikit air panas kacau sampai larut
Topping Cheese Leleh –
- 1kg cheese tatura
- 3/4 tin susu pekat
- 1 cawan whipping dairy
- 1 1/2 cawan susu segar
– Blender semua bahan di atas.
Cara Letak Topping:
1. Ambik sebahagian dalam 1 cawan whipping iaitu bahan yang dah diblender tadi, campurkan ke dalam nes larutan tadi dan campurkan 2 sudu besar ganace, boleh kacau-kacaukan.
2. Tuang atas kek korang cheese diblender tadi. Pastu letak tompok-tompok ganace dan nes tarik tu dan buatkan corak S. Taburkan coklat chips dan badam sangai, done.
Resepi Kek Cheese Leleh Necafe Tarik
Baca Artikel Menarik :
- Fahmi Redza mocking Perak MB
- Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar
- Raja-Raja Melayu Sudah Bersuara
- Saintis Facebook bangunkan perisian kesan imej ‘deepfake’
- Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram
- Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.