Polis tahan lelaki bakar Al-Quran

Polis tahan lelaki bakar Al-Quran

Polis tahan lelaki bakar Al-Quran

KUALA NERANG – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa membakar naskhah tafsir al-Quran di belakang tandas awam berhampiran Bangunan Tabung Haji di pekan Kuala Nerang di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima laporan mengenai tindakan lelaki itu yang tular di media sosial daripada orang awam pada pukul 12.25 tengah malam tadi.



Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki bukan Islam berusia 36 tahun bertindak demikian dipercayai akibat kecewa dengan sikap kekasihnya yang beragama Islam kerana berubah hati dan naskhah tafsir al-Quran tersebut merupakan hadiah pemberian kekasihnya.

“Suspek mendakwa dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama.

“Selain menahan suspek, pihak polis turut merampas dua telefon bimbit, pemetik api serta selipar dipercayai digunakan suspek ketika kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu dua pelajar sekolah menengah di England digantung sekolah selepas mereka mengoyakkan kitab suci al-Quran di hadapan pelajar lain, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.



Beberapa guru di sekolah itu segera menghubungi polis dan pegawai antikeganasan selepas dua insiden tersebut berlaku di Akademi Fulwood, Preston pada minggu lalu.

Pihak sekolah dalam satu kenyataan menyatakan bahawa dua insiden berasingan itu bertentangan dengan nilai yang oleh masyarakat setempat.

Polis tahan lelaki bakar Al-Quran


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ahli Politik Di India Terbitkan Al-Quran Versi Sendiri, Minta Diajarkan Di Seluruh Sekolah Islam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker