PKP bersambung, moratorium tak nampak sinar

PKP bersambung, moratorium tak nampak sinar

PKP bersambung, moratorium tak nampak sinar

Hari ini bermula tempoh kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang berakhir 28 Jun ini, tetapi moratorium pukal tanpa faedah yang dicadangkan UMNO masih tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, UMNO berharap bank juga harus berkorban kepada rakyat, sebagaimana rakyat berkorban kepada institusi kewangan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan 2020 juga mendedahkan bank masih lagi beroleh keuntungan ketika ada dalam kalangan rakyat yang sudah kehilangan segalanya.

“Rakyat berkorban demi Malaysia yang lebih kuat dalam melawan pandemik Covid-19, sewajibnya bank juga harus berkorban.

“Lagipun, laporan tahun lalu menunjukkan bank masih lagi untung, ketika rakyat hilang segala-galanya sepanjang berdepan dengan penularan wabak Covid-19,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Kata beliau, walaupun sektor pelancongan masih tutup dan kedai makan juga banyak gulung tikar, apa salahnya bank turut berkorban.

Beliau menjelaskan, moratorium pukal yang dicadangkan itu bukan bermakna bank membatalkan pinjaman, tetapi sekadar menangguhkan pembayaran tanpa caj.

“Moratorium adalah langkah penting dikala kemerosotan ekonomi. Ada dua isu penting dapat ditangani secara mudah.

“Pertama adalah kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan. Moratorium tidak menambah pendapatan, tetapi memberi kelegaan jangka pendek dari kehilangan aset ataupun apa-apa tekanan institusi kewangan.

“Tetapi, kita tahu Menteri Kewangan beri alasan tiada kuasa, padahal Akta 701 dan Akta 758 serta Ordinan Darurat boleh digunakan bagi menekan pihak bank,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, golongan kedua ialah yang ada pendapatan, tetapi berkurangan, oleh itu moratorium memberi duit lebih di tangan mereka untuk berbelanja.

Perbelanjaan ini, katanya, masuk dalam kitaran ekonomi dan membolehkan lebih banyak sektor bergerak.

“Hasilnya, kerajaan mendapat cukai dari transaksi ini. Oleh itu, gunakanlah kuasa untuk rakyat, bukan untuk kekalkan jawatan,” katanya. MG

PKP bersambung, moratorium tak nampak sinar


Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Zahid maklumkan pada Agong, parlimen perlu bersidang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker