Suhaili bolot lima jawatan dalam MARA?

Sebaran :

Suhaili bolot lima jawatan dalam MARA?
Suhaili bolot lima jawatan dalam MARA? – Akmal

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa urus tadbir kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui amalan ‘scheme of things’ semakin keterlaluan.

Ia semakin nyata apabila terdapat lambakan lantikan politik bagi mengisi jawatan tertentu dalam agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat berpotensi menjejaskan prestasi syarikat tersebut.

“Amalan tidak sihat yang berlaku dalam Mara Corporation Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat pelaburan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA), sejak berlakunya episod ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lepas amat membimbangkan.

“Kini keadaan semakin membarah apabila terdapat lantikan-lantikan yang bakal dibuat melibatkan institusi pengajian tinggi MARA,” dakwa Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Akmal mendakwa salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Suhaili Abdul Rahman telah dilantik memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah dalam kelima-lima syarikat berkaitan MARA.

Suhaili bolot lima jawatan dalam MARA?

“Selain daripada memegang lima jawatan Lembaga Pengarah bagi syarikat-syarikat tersebut, lebih membimbangkan lagi apabila terdapat laporan yang menyatakan pimpinan Bersatu yang sama ini bakal dilantik sebagai ahli lembaga pengarah 3 lagi syarikat iaitu Kolej Polytech Mara Sdn Bhd (KPTM), Med Bumikar Mara Sdn Bhd (MBM) dan Universiti Teknikal Mara Sdn Bhd (UniKL),” dakwa Akmal lagi.

Malah, katanya, laporan media seperti Sinar Harian dan The Edge mendapati Suhaili memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Mara Corporation Sdn Bhd, Pelaburan Mara Berhad, PMB Tijari Berhad, Mara Incorporated Sdn Bhd dan Glocal Link (M) Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu mempersoalkan bagaimana kerajaan PN boleh membiarkan amalan itu terus berlaku ketika petugas barisan hadapan sedang bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa rakyat manakala rakyat biasa pula berdepan dengan kesengsaraan ekonomi.

“Berapakah pulangan atau elaun yang diterima oleh beliau serta apakah keputusan-keputusan penting terutamanya yang melibatkan pelaburan dana atau perbelanjaan yang telah dibuat sejak beliau menjadi ahli lembaga pengarah bagi setiap syarikat tersebut?

“Adakah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden PPBM tahu dan sedar mengenai perkara ini berlaku dikalangan pimpinan tertinggi PPBM memandangkan beliau juga merupakan YAB Perdana Menteri?, soal Akmal lagi.

Justeru itu, beliau menuntut penjelasan terbuka Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad tentang pelantikan lima jawatan itu kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu.

Akmal turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memulakan siasatan terhadap perkara ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membuat laporan polis menggesa agar pihak berkuasa itu terutamanya SPRM segera menyiasat terhadap tuduhan rasuah membabitkan pemimpin politik yang berleluasa.

Katanya, dakwaan itu amat serius susulan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid tentang aktiviti jual-beli pemimpin politik untuk terus kekal berkuasa. MG

Suhaili bolot lima jawatan dalam MARA?


Layari Laman Facebook MYKMU NET

Mahathir dakwa ada pemimpin Bersatu setuju lompat


Sebaran :

Leave a Reply