Zahid maklumkan pada Agong, parlimen perlu bersidang

Zahid maklumkan pada Agong, parlimen perlu bersidang

 

Zahid maklumkan pada Agong, parlimen perlu bersidang. Hari ini merupakan hari ketiga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap pemimpin-pemimpin parti politik di Istana Negara.

Sejak dua hari lalu, seramai lapan pemimpin parti telah mengadap Sultan Abdullah.



Ini termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum mesyuarat kabinet, disusuli Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu – pada hari pertama.

Semalam pula, baginda menerima menghadap Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA Wee Ka Siong, Pengerusi Penaja Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Shafie Apdal.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin pertama tiba di pintu 2 Istana Negara hari ini bagi menghadap Agong.

Tiba menaiki Vellfire berwarna perak, Ahmad Zahid sempat menurunkan tingkap dan melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pintu istana.



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira sejam.

Menemui pemberita di luar pintu istana, Zahid berkata dia antara lain menyatakan pendirian bahawa Parlimen wajar kembali bersidang dalam pertemuan itu.

“Umno berpendirian parlimen wajar bersidang.

“Ini bagi memastikan sistem demokrasi negara dapat dipertahankan dan wujud elemen semak dan imbang dalam segala aspek yang berkaitan dengan pentadbiran negara,” katanya.

Ditanya berkenaan cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran), dia berkata isu itu tidak dibincangkan dalam pertemuan tadi.



“Kita tak bincangkan soal itu…Darurat patutnya mencakupi soal (yang dikatakan boleh ditangani Mageran). Tetapi ia (darurat) digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya lagi.

Pada hari pertama pertemuan bersama Agong, pemimpin rata-rata memberikan jawapan umum bahawa pertemuan hanya membincangkan isu seperti Covid-19, ekonomi, dan tempoh pelaksanaan darurat.

Semalam, Mahathir dalam sidang media dalam talian selepas menghadap Sultan Abdullah, memberitahu bahawa baginda juga ada bertanya tentang tarikh sesuai melaksanakan pilihan raya umum.

Difahamkan, pemimpin-pemimpin GPS juga akan mengadakan pertemuan dengan Agong menerusi panggilan video Isnin delan (14 Jun).



GPS merupakan gabungan di Sarawak, terdiri daripada PBB, PRS, PDP, dan SUPP.

Istana Negara, atas titah Sultan Abdullah, akan menganjurkan sesi perbincangan khas raja-raja Melayu pada 16 Jun.

Perbincangan khas itu berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Zahid maklumkan pada Agong, parlimen perlu bersidang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker