Cadangan Wan Saiful tutup pendaftaran vaksin tak masuk akal

Cadangan Wan Saiful tutup pendaftaran vaksin tak masuk akal

Cadangan Wan Saiful tutup pendaftaran vaksin tak masuk akal

Cadangan Ketua Penerangan Parti Pribumi Beratu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menggesa kerajaan menetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksin dengan alasan supaya rakyat tidak memandang mudah usaha untuk mendapatkannya tidak wajar.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Zaliha Mustafa berkata, cadangan yang diutarakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu adalah sesuatu yang tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.



“Ini jelas suatu cadangan yang tidak berasas dan tidak masuk akal. Sedangkan mereka yang telah lama berdaftar dalam sistem MySejahtera pun masih ramai lagi yang belum menerima
vaksin, ini kan pula untuk menguatkuasakan tarikh tutup pendaftaran.

“Jika kerajaan mahu terus menggunakan sistem pendaftaran vaksin untuk memastikan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) atau NIP (National Imminisation Program) ini mudah untuk dipantau, maka seharusnya kita menggalakkan lebih ramai lagi rakyat berdaftar, perluas dan pemudahkan urusan pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaliha mengulas mengenai kenyataan Wan Saiful yang meminta kerajaan menetapkan tarikh tutup pendaftaran program vaksinasi Covid-19.

Ini katanya bagi mengelakkan orang ramai mengambil sikap sambil lewa dan segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin.



Mengulas mengenai itu, Zaliha berkata, ramai dalam kalangan sukarelawan yang juga ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah melaksanakan tugas itu di kawasan masing-masing.

Malah katanya agensi-agensi kerajaan yang wujud di kawasan-kawasan pendalaman yang tiada capaian internet boleh turut dikerah bagi membantu penduduk yang mungkin ada masalah dalam mendaftarkan diri mereka.

Justeru itu, beliau berkata, apa yang harus kerajaan lalukan sekarang adalah mempercepatkan kemasukan vaksin ke negara ini maka ia akan memudahkan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat negara ini.

“Banyak negara termasuk Singapura, Indonesia bahkan Amerika Syarikat sendiri memberi suntikan vaksin kepada rakyat mereka tanpa birokrasi pendaftaran dan telah pun mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.



“Negara jiran Indonesia melaporkan capaian vaksin yang melebihi 300,000 suntikan sehari. Mereka memperkenalkan kaunter bergerak, kaunter terbuka (open counter) dan kaunter pandu lalu (walk in counter) seperti apa yang dilaksanakan di Arizona, Texas dan Detroit, Amerika Syarikat serta membenarkan sesiapa sahaja menerima vaksin, mempermudahkan capaian vaksin kepada kumpulan-kumpulan sasar seperti warga emas dan pelajar demi memastikan rangkaian jangkitan Covid 19 ini diberhentikan secepat mungkin,” katanya lagi. MG

Cadangan Wan Saiful tutup pendaftaran vaksin tak masuk akal


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wan Saiful ‘kena’ dengan Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker