5419 kes baharu Covid-19 , Sarawak masih tiada perubahan

5419 kes baharu Covid-19 , Sarawak masih tiada perubahan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 5,419 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 667,876 kes.

Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi, iaitu sebanyak 1,996 kes, diikuti Sarawak dengan 718 kes, dan Kuala Lumpur (650).

Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi dua lagi vaksin, iaitu yang dibangunkan CanSino Biologics di China dan Johnson & Johnson di Amerika Syarikat, untuk digunakan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini.

“Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua produk vaksin yang memerlukan hanya satu dos pelalian, iaitu Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China dan Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson.

“(Kedua-dua vaksin ini) telah diberi kelulusan penyenarain penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia,” katanya.

Berikut adalah jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor – 1,996 (218,477)

WPKL – 650 (68,369)

Sabah – 230 (66,546)

Johor – 366 (65,435)

Sarawak – 718 (56,905)

Negeri Sembilan – 396 (34,501)

Kelantan – 245 (32,512)

Pulau Pinang – 124 (32,448)

Perak – 68 (23,850)

Kedah – 252 (22,322)

Melaka – 155 (15,124)

Pahang – 32 (11,707)

Terengganu – 43 (10,696)

WP Labuan – 138 (6,293)

WP Putrajaya – 5 (2,131)

Perlis – 1 (560)

BERITA LANJUT MENYUSUL

5419 kes baharu Covid-19 , Sarawak masih tiada perubahan


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Varian kacukan UK – India dikesan, lebih bahaya – Dr Noor Hisham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker