Polis kejar tokan dadah langgar warga emas sehingga maut

 

Polis kejar tokan dadah langgar warga emas sehingga maut

Polis kejar tokan dadah langgar warga emas sehingga maut

GEORGETOWN: Polis memberkas seorang lelaki dipercayai tokan dadah selepas bertindak mengejarnya sejauh 6 kilometer (km) dari Greenlane hingga ke Batu Uban, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, suspek berusia 47 tahun berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi selepas merempuh seorang pejalan kaki hingga mangsa maut di tempat kejadian.

Difahamkan, susulan penangkapan lelaki tempatan itu membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan dadah termasuk peralatan menimbang di dalam kenderaan tersebut.

Kejadian penahanan suspek di kawasan perumahan itu turut mengejutkan penduduk flat berhampiran selain gambar dan video kejadian turut tular dalam media sosial.

Menerusi rakaman daripada seorang penghuni flat berhampiran, kelihatan sekumpulan anggota polis yang menaiki beberapa kenderaan cuba menghentikan kereta suspek sebelum memberkasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong turut mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu, maklumat lanjut berkaitan kejadian dimaklumkan kelak. – UTUSAN ONLINE

Polis kejar tokan dadah langgar warga emas sehingga maut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rayuan BPR 2021, LHDN Buka Kaunter Bermula Hari Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker