UPUonline tidak dapat diakses

Sebaran :

UPUonline tidak dapat diakses

UPUonline tidak dapat diakses. Laman web UPUOnline ada masalah, tidak boleh diakses?

KUALA LUMPUR: Hari ini, bermulalah fasa baharu yang akan mencorak perjalanan seterusnya buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020/2021 apabila mereka boleh mula mengisi borang permohonan UPUOnline.

Berdasarkan pemerhatian di laman Twitter, ramai yang teruja namun perasaan mereka itu terbantut seketika apabila ramai mendakwa laman web UPUOnline menghadapi masalah.

Ramai bertanya adakah laman web tersebut tidak boleh diakses kerana ramai berdepan masalah sama.

Salah seorang pengguna, @shahrulestsar dalam ciapannya bertanya:
“Website UPU ‘down’ ke?” tulisnya.

Persoalan sama turut diajukan beberapa pengguna lain malah ada juga yang berkongsikan gambar.

Dalam gambar-gambar yang dikongsi – sama saja semuanya – tertulis perkataan “502 Bad Gateway”.

Begitupun, seorang lagi pengguna, @yvtabom_ menciap: “Lahh rupanya UPU untuk pukul 12 (tengah hari) untuk pemohon baru, kita yang nak check tu pukul 5 petang sekejap lagi.”

Bahkan, ada juga yang sudah dapat mengakses laman web tersebut namun mendakwa ia agak perlahan dan mengambil masa agak lama untuk membukanya.

Semalam, @twt_upu, laman Twitter rasmi untuk UPUOnline ada menciap maklumat berkenaan permohonan itu dan laman web sudah boleh mula diakses bermula jam 12 tengah hari.

“Harap maklum,

“Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022.

“Bagi pemohon yang tidak sempat dan tidak pernah memohon UPUOnline, boleh membuat permohonan pada : 15 Jun 2021 (Selasa) Jam 12 tengah hari hingga 21 Jun 2021 (Isnin) Jam 5 petang,” ciapnya.

Setakat jam 1 petang, masih ada yang mengadu menghadapi masalah untuk masuk ke laman web tersebut. Awani

UPUonline tidak dapat diakses


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini UPUOnline mulai 15 Jun


Sebaran :

Leave a Reply