Ibu DJ Lin Suria FM Meninggal Dunia Akibat Penyakit Buah Pinggang, “Berehatlah Mak..’

Ibu DJ Lin Suria FM Meninggal Dunia Akibat Penyakit Buah Pinggang, “Berehatlah Mak..’

SETELAH lama menderita penyakit buah pinggang, ibu kepada penyampai radio Suria FM iaitu Puteh Jantan, 80, meninggal dunia di rumahnya di Larkin Jaya, Johor Bahru pada pukul 4.50 pagi, Jumaat.

DJ Lin atau Roslinda Abd Majid berkata, jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Danga sebelum solat Jumaat dan berharap semua orang mendoakan roh arwah.



“Saya ingin memaklumkan bahawa Ibunda saya yang tercinta, Puan Hajah Puteh Jantan baru sahaja meninggal dunia pukul 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat. Mohon semua sedekahkan Al-fatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman,” tulisnya.

Sebelum ini, Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu.



Dalam pada itu, DJ Lin mengucapkan terima kasih kepada ibunya atas kasih sayang, pengorbanan dan segala yang arwah lakukan demi anak-anak.

Reda dengan pemergian, DJ Lin berkata dia dan adik-beradik sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit ibu mereka yang sudah lama menangung kesakitan.

“Mak, terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang dan semua anak – anak Mak. Berehatlah mak.
“Puas mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu mak.
“Mak akan sentiasa ada dihati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak. Al-Fatihah,” ujarnya.

Untuk rekod, arwah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit. mSTAR



Ibu DJ Lin Suria FM Meninggal Dunia Akibat Penyakit Buah Pinggang, “Berehatlah Mak..’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker