Kelulusan Sirim untuk pelitup muka bukan perubatan mulai 2023



Kelulusan Sirim untuk pelitup muka bukan perubatan mulai 2023

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan keperluan untuk pelitup muka bukan perubatan mendapat kelulusan Sirim hanya akan dikuatkuasakan mulai Januari 2023.

“Kerajaan akan menangguhkan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 ke 1 Jan 2023,” kata menterinya, Alexander Nanta Linggi dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas orang ramai.

Katanya, penangguhan itu akan membolehkan industri dan pengguna menyesuaikan diri dengan piawaian keselamatan KPDNHEP.




Beliau menggesa industri, termasuk pengeluar dan pengimport tidak menaikkan harga pelitup muka bukan perubatan sewenang-wenangnya menjelang penguatkuasaan piawaian baharu.

Terdahulu, Nanta menjelaskan KPDNHEP tidak akan mendenda individu yang memakai pelitup muka bukan perubatan tanpa pensijilan Sirim.

Katanya, tindakan hanya akan diambil ke atas pengeluar dan pengimport, tidak kira syarikat atau individu, yang gagal mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 serta Peranti Rokok Elektronik 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurut Kementerian Kesihatan, pelitup muka bukan perubatan merujuk pelitup muka yang diperbuat daripada fabrik tenunan seperti kain, dan/atau fabrik bukan tenunan, serta mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga lapisan bahan berbeza. FMT

Kelulusan Sirim untuk pelitup muka bukan perubatan mulai 2023





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie



Leave a Reply

Your email address will not be published.