Grab dakwa prokemanusiaan selepas tular hantaran Instagram Isteri pengasas Grab ‘cinta’ Israel

Syarikat pengendali aplikasi super (super-app) Grab tampil menegaskan perndirian “prokemanusiaan” selepas tular hantaran Instagram oleh isteri pengasasnya Anthony Tan.

Ini susulan gesaan boikot terhadap syarikat e-hailing, penghantaran makanan dan perkhidmatan kewangan itu.

Dalam Instastories, warga Singapura Chloe Tong, 32, berkongsi bagaimana dia “patah hati” dan bahawa dia “jatuh cinta sepenuhnya dengan Israel” semasa dua lawatan ke sana tahun ini dan bagaimana anak lelakinya yang berusia tujuh tahun berkongsi sentimen itu.



Dalam kenyataan hari ini, Grab berkata ia “teguh dengan pendirian prokemanusiaan, dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan pelaksanaan gencatan senjata”.

“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan, dan sebagai ahli United Nations Global Impact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC, yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” kata Grab dalam satu kenyataan, merujuk kepada “penyebaran paparan tertentu dalam media sosial”.

Ia juga berkata “individu berkenaan” – dipercayai merujuk kepada Chloe – sudah menjelaskan ia adalah pandangan yang disuarakan menerusi platform peribadi serta diambil di luar konteks sebenar.

Dalam penjelasan itu, Chloe berkata tangkapan skrin itu “diambil di luar konteks” dan daripada siaran yang dibuatnya “sebelum saya memahami semua yang berlaku dengan Israel dan Gaza”.



“Seperti umat manusia yang lain, saya mengharapkan gencatan senjata dan keamanan,” kata Chloe, yang juga anak kepada pemilik Kumpulan Media Edge dan pemegang saham utama Kumpulan Star Media, Tong Kooi Ong.

Keganasan yang berterusan di Palestin dan Israel telah mencetuskan gesaan boikot antarabangsa terhadap pelbagai perniagaan, dikatakan mempunyai hubungan atau menyokong Israel.

Di England, seorang aktivis melepaskan tikus ke kedai McDonald’s sebagai protes, selepas McDonald’s Israel mengumumkan bahawa ia telah menawarkan diskaun dan beribu-ribu makanan percuma kepada anggota tentera Israel.

McDonald’s Malaysia, yang dimiliki oleh kumpulan Saudi sejak 2017, juga menjelaskan bahawa ia adalah 100 peratus milik Muslim dan ia tidak menyokong keputusan pemilik francais di Israel.



McDonald’s Malaysia juga telah menyumbang RM1 juta kepada dana bantuan kemanusiaan Palestin.

Lebih 9,000 rakyat Palestin termasuk lebih 3,000 kanak-kanak dan lebih 1,400 warga Israel telah terbunuh sejak 7 Okt.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker