Geng 36 guna surat MITI rentas negeri, samun ahli perniagaan di Melaka
Geng 36 guna surat MITI rentas negeri, samun ahli perniagaan di Melaka
MELAKA: Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta selepas disamun sekumpulan empat lelaki ahli kongsi gelap Geng 36 di kediamannya di sebuah kondominium di Klebang, 5 Jun lepas.
Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 54 tahun bersama isterinya, 42, diikat dan diacukan parang namun pasangan itu dan dua anaknya masing-masing berusia 8 dan 9 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata, kumpulan suspek berkenaan kemudian melarikan pelbagai barangan peribadi milik mangsa seperti barang kemas, koleksi pedang, wang tunai dan sebuah kereta Range Rover selepas kira-kira lima jam menggeledah rumah mangsa.
“Kumpulan penjenayah itu memasuki Melaka dengan menaiki dua kenderaan, iaitu Toyota Hilux dan Vellfire untuk menyamun mangsa yang sebelum ini menjadi sasaran mereka manakala senjata parang yang digunakan dalam kejadian itu diperoleh di rumah mangsa.
“Kumpulan penjenayah itu masuk ke rumah mangsa melalui pintu hadapan selepas mangsa membuka pintu dan keempat-empat mereka tidak memakai topeng ketika melakukan samun,” katanya pada sidang media hari ini.
Mengulas lanjut Abdul Majid berkata, susulan kejadian itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan penjenayah terlibat dan lima lelaki berusia 27 hingga 37 tahun berjaya ditahan dalam satu serbuan di Bandar Baru, Sri Petaling, Kuala Lumpur, kira-kira 3.45 petang pada 7 Jun lepas.
Siasatan awal mendapati ahli Geng 36 itu memasuki Melaka menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas urusan perniagaan sekuriti.
“Satu daripada kenderaan yang digunakan suspek juga mempunyai dua pelekat yang dicetak dengan lambang menyerupai logo polis, dipercayai untuk mengaburi aktiviti jenayah yang dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan semua mereka ditahan reman selama lima hari sehingga esok.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan satu rompakan berkumpulan dan Seksyen 379A KK kerana curi kenderaan. FMT
Geng 36 guna surat MITI rentas negeri, samun ahli perniagaan di Melaka
Baca Artikel Menarik :
- Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz
- PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Ketua Geng 36 bernama Tan diburu