Buah kristal perasa durian, rambutan, laici dijual FAMA

Sebaran :

Buah kristal perasa durian, rambutan, laici dijual FAMA

Buah kristal perasa durian, rambutan, laici dijual FAMA

Buat julung kalinya, warga Lembah Klang yang pernah merasai buah kristal dari Sarawak, berpeluang membeli dan merasainya sekali lagi apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mula memasarkannya di sini.

FAMA membawanya masuk dari negeri bumi kenyalang itu ke Lembah Klang bagi memenuhi permintaan penggemar-penggemar buah ini yang juga dikenali sebagai matoa.



Menurut kenyataan agensi itu di sini semalam, buah ini akan ditawar secara serentak pada Jumaat ini di Pasar Tani Borong Selayang dan Pusat Operasi FAMA di Selayang, Selangor.

“Selain itu, buah kristal yang cukup popular di Sarawak dan banyak ditanam di negeri tersebut, turut dijual di MyFarm Outlet FAMA di Presint 7, Putrajaya mulai pukul 8 pagi,” katanya.

Buah nadir ini yang turut terkenal digelar sebagai buah tiga rasa kerana memiliki gabungan rasa durian, laici dan rambutan, akan dijual oleh agensi itu dengan harga RM18 sekilogram.


FAMA menerusi kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada setiap pembelian dihadkan kuantiti tertentu namun memberi bayangan bahawa ia dijual sehingga stok habis.

Juga disebut buah kasai, ia sebenarnya amat digemari penduduk Indonesia selain beberapa negara beriklim tropika kerana rasa enak dengan 11 khasiat yang baik untuk tubuh badan.

Pokok buah ini atau nama saintifiknya, Pometia pinnata, banyak tumbuh liar di tepi sungai di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik dengan ketinggian yang boleh mencecah 30 meter.

Spesies pohon kayu keras besar ini mempunyai daun berbentuk pinnate dan buahnya hanya berukuran panjang empat sentimeter dengan isinya jernih seperti longan atau mata kucing.

Uniknya, pokok kristal akan mula matang selepas tiga tahun ditanam dengan buahnya itu berwarna merah gelap apabila masak namun kulitnya keras dan perlu diketuk untuk dikupas.

Jika ditanam secara komersial, pohonnya rendang dan hanya tinggi 18 meter agar buahnya yang lebat seperti kurma itu mudah dipetik dengan menggunakan tangga atau galah panjang.

Pakar nutrisi menyarankan kristal elok dimakan kerana kandungannya penuh vitamin A dan E yang mencegah penuaan sel selain meningkatkan aliran darah serta kulit menjadi cerah. Utusan

Buah kristal perasa durian, rambutan, laici dijual FAMA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wow Mahal Giler! 5 Harga Buah Termahal Ini Mampu Mencecah Sebiji Kereta


Sebaran :

Leave a Reply