Bonda sayang semua tanpa syarat – Dr. Muhaya

Sebaran :

Bonda sayang semua tanpa syarat – Dr. MuhayaBonda sayang semua tanpa syarat – Dr. Muhaya

PAKAR motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menzahirkan perasaan sayang kepada semua tanpa syarat selepas dikritik oleh warganet berkaitan pandangan wanita perlu ‘buat-buat’ bodoh jika ingin bahagia di samping suami atau ingin cepat bertemu jodoh.

Selebriti media sosial itu yang membahasakan dirinya sebagai bonda berkata, dia sentiasa mendukung kaum wanita ke puncak tertinggi dan berbahagia di dunia dan akhirat.



“Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

“Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live cinta dan cita-cita (di Youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat,” kata Dr. Muhaya.

Beliau dalam kenyataan di Instagram berkata, isu meminta ‘wanita buat-buat bodoh’ hanya merupakan satu salah faham kerana petikan kenyataannya itu dipetik daripada siaran langsung di Page Facebook Prof Muhaya serta YouTube Prof Muhaya TV yang berdurasi selama 45 minit dan diterbitkan pada 6 Februari lalu.



Katanya, siaran live itu adalah bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

Serentak itu, Dr. Muhaya memohon maaf terhadap isu berkenaan yang telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun team bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya. Sebenarnya, buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta dan Cita-cita,” katanya. SM



Bonda sayang semua tanpa syarat – Dr. Muhaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Dikritik Dr Amalina dan ramai, netizen bangkit pertahankan Dr Muhaya


Sebaran :

Leave a Reply