Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?
Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?
https://twitter.com/i/status/1402258832601014286
Kebanyakkan perkongsian ilmu yang diberi menjadi rujukan sesetengah individu dalam mencari tahu maklumat-maklumat berkaitan kesihatan dalam kehidupan seharian.
Tak setuju dengan kenyataan Dr Muhaya
Namun begitu, satu perkongsiannya berkaitan isu ‘ kenapa wanita lambat mendapat jodoh’ telah diselar oleh beberapa inidvidu yang merasakan kenyaaan sebegitu tidak patut dikeluarkan.
Menerusi akaun Twitter menggunakan nama @emptyshadoww, dia telah memuat naik kembali potongan video kenyataan Profesor Dr Muhaya berkaitan sifat wanita yang perlu kelihatan lemah-lembut dan ‘kurang bijak’ dihadapan lelaki untuk membuatkan mereka tertarik.
“Tak perlu nak buat2 tak bijak untuk bertemu jodoh”
Walaupun apa yang diucapkan pakar motivasi itu merujuk kepada sifat sebenar wanita, mungkin pemahaman setiap individu berbeza-beza dan ada diantara mereka tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
Doktor kelahiran Malaysia yang bertugas di United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri turut sama meluahkan rasa kesal dengan tanggapan sebegitu dan memperlihatkan seperti wanita ini merupakan golongan yang sangat lemah.
Mungkin mesej kurang tepat
Menurut Dr Amalina, ibunya sama sekali tidak pernah mengajarnya untuk terlihat kurang bijak dihadapan lelaki untuk membolehkan bertemu jodoh.
Beliau turut merasakan pakar motivasi itu menyampaikan mesej kurang tepat mengenai perempuan terutamanya kepada remaja dan golongan muda.
“Wanita tak perlu untuk merendahkan kebijaksanaan mereka hanya untuk membolehkan lelaki tertarik kepada mereka,” tulisnya.
Macam hina lelaki & perempuan
Tambah Dr Amalina, kenyataan tersebut seperti merendahkan kedua-dua gender kerana berhubung kait dengan kehidupan. Jadi, dia meminta kita semua lebih terbuka untuk membiarkan sahaja lelaki dan wanita menjadi diri mereka sendiri.
Kenapa ajar wanita untuk jadi pura2 tak bijak pula?
Menerusi ruangan komen, pelbagai maklum balas di terima daripada warganet.
Ada sebahagian daripada mereka kurang bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan pakar motivasi itu memandangkan perempuan tidak perlu pun untuk terlihat ‘bodoh-bodoh sikit’ demi bertemu jodoh.
Begitukah nilai seorang ‘isteri’?
Mungkin konteks berbeza
Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah warganet yang merasakan Prof Muhaya menerangkan konteks perbincangan itu dengan salah menggunakan ayat atau kata.
Mereka juga faham apa yang ingin disampaikan adalah perempuan perlu menurunkan sedikit ego kerana sedia maklum bahawa lelaki adalah pemimpin dan juga seorang imam apabila sudah berkeluarga kelak.
Mungkin Prof salah guna ayat
Wanita kena hormat suami
Menerusi video yang tular tersebut, ramai yang kurang berpuas hati dengan pendapat daripada doktor pakar mata itu.
Dalam video berkenaan dia meminta agar wanita perlu terlihat lemah-lembut dan mengurangkan keegoan diri seperti ingin berada sama level dengan lelaki kerana secara hakikatnya kaum Adam merupakan pemimpin dalam kehidupan.-OMM
Sumber: @emptyshadoww, DrAmalinaBakri
Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?
Baca Artikel Menarik :
- ‘Dihukum’ Penduduk Kampung, Bekas Pesakit Covid-19 Mohon Ampun
- Mona Allen terima mesej ‘gila’
- Resepi Pulut Durian Siam Santan Meleleh
- Resepi Siakap Goreng Sos Plum sedap sekali
- Sindir Pas, Parti Sains serah permohonan kepada ROS
- Zambry perlu wujudkan rasa muhibah parti dalam BN – Penganalisis
Layari Laman Facebook MYKMU NET