Lebih baik kurangkan bilangan menteri dari potongan gaji – Nik Nazmi

Lebih baik kurangkan bilangan menteri dari potongan gaji - Nik Nazmi
Kalau kurangkan bilangan menteri, timbalan menteri PN lagi saya setuju, kata Nik Nazmi

Mengurangkan bilangan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) antara usaha boleh dilakukan selain pemotongan gaji, kata Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, pada masa sama beliau menyokong tindakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan pemotongan gaji menteri dan timbalannya untuk membiayai usaha memerangi Covid-19.

“Baru-baru ini, PM Muhyiddin Yassin mengumumkan pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri untuk biaya usaha perangi Covid-19. Yang ini saya sokong.



“Tapi kalau dikurangkan bilangan menteri dan timbalan menteri Perikatan Nasional (lagi ramai dari era Pakatan Harapan) lagi saya setuju,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali mengumumkan kira-kira 800,000 penjawat awam akan menyumbangkan satu jumlah yang tetap, mengikut gred, daripada elaun bulanan mereka kepada tabung berkenaan.

Pemotongan gaji penjawat awam

Penjawat awam Gred A akan menyumbang 50% daripada elaun mereka, diikuti Gred B (20%), Gred C (10%), Gred 44 hingga 56 (5%) dan Gred 29 hingga 41 (RM10).

Sementara itu, mengulas pemotongan gaji penjawat awam, Nik Nazmi berkata ia tidak adil bagi kakitangan Gred 29, malah gred 41 hingga 48 kerana mereka juga terbeban dengan masalah kewangan.



“Mereka terbeban dengan pelbagai kesukaran, mungkin pasangan tidak bekerja, membeli peranti dan data untuk anak-anak, dilarang atau tidak digalakkan melakukan pekerjaan sambilan.

“Maka pemotongan ini, walaupun pada jumlah yang kecil, akan membebankan mereka,” katanya

Beliau berkata, perlu pindaan akta berkaitan untuk kerajaan meminjam wang yang lebih, bagi memastikan pekerjaan diselamatkan, golongan miskin dibantu dan sektor kesihatan serta pendidikan terus mendapat sokongan padu.

“Pindaan had pinjaman kerajaan sementara yang dibuat tahun lepas tidak cukup untuk menampung keperluan ekonomi negara yang terkini.



“Dalam keadaan pihak swasta dan orang awam terjejas teruk, kerajaan adalah benteng terakhir untuk menyelamatkan ekonomi negara,” katanya. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Menteri tak kebulur jika potong gaji 30%, kata Mahathir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker