ADUN Amanah mengaku tak salah cabul wanita



Sebaran :

ADUN Amanah mengaku tak salah cabul wanita
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Beliau berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria daripada unit jenayah seksual Jabatan Peguam Negara, mengesahkan pertuduhan terhadap Faiz, yang dibacakan di depan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali.



Beliau berkata, ahli politik Amanah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan.

“Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 6 Ogos untuk penyerahan dokumen,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Faiz dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac, antara 9.45 malam dan 11.30 malam.



Kejadian dipercayai berlaku ketika mereka berdua berada dalam sebuah kereta dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

Pihak pendakwaan diwakili Zahida dan Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, manakala Faiz diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Mohamed Taulan, Hairulallias Shaari dan Ahmad Faiq Azizan.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat seorang pembantu kedai mendakwa diraba dan dipeluk seorang ADUN Pulau Pinang semasa mereka dalam perjalanan ke restoran di Lembah Klang.

Ketua Polis Subang Jaya, Khalid Othman, mengesahkan laporan itu dan berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.



Pada 23 Mac lalu, FMT melaporkan Faiz menafikan dakwaan beliau mencabul kehormatan seorang pembantu kedai, dan menimbang tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.

Faiz memberi kenyataan mengenai dakwaan itu kepada polis pada 18 Mac, dan akan terus memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.

“Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan. Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya. FMT




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Dakwaan cabul: ADUN Amanah sudah bertemu pucuk pimpinan parti, kata Khalid


Sebaran :


Leave a Reply