Dakwaan cabul: ADUN Amanah sudah bertemu pucuk pimpinan parti, kata Khalid


PETALING JAYA: ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil telah berjumpa dengan kepimpinan tertinggi parti itu bagi menjelaskan dakwaan beliau mencabul kehormatan seorang pembantu kedai.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengesahkan Faiz telah berjumpa dengan presiden parti, Mohamad Sabu dan timbalan presiden, Salahuddin Ayub, setelah kesnya mula disiasat polis.

“Beliau telah datang jumpa dengan presiden dan timbalan presiden. Beliau dah jelaskan dan keluarkan kenyataan,” kata Khalid kepada FMT.

Kes itu masih dalam siasatan polis, kata Khalid, dan pihaknya menyerahkan kepada mereka untuk menyiasatnya.

Semalam, Faiz menafikan dakwaan beliau mencabul kehormatan seorang pembantu kedai, dan menimbang tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.

Beliau memberi kenyataan mengenai dakwaan itu kepada polis pada 18 Mac, dan akan terus memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.

Faiz, anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor, yang juga seorang peguam, adalah wakil rakyat penggal pertama selepas memenangi kerusi Permatang Pasir pada PRU14.

Terdahulu, seorang pembantu kedai membuat laporan polis mendakwa seorang ADUN Pulau Pinang meraba dan memeluknya semasa mereka dalam perjalanan ke restoran di Lembah Klang bagi berbincang hal politik semasa, dua minggu lalu.

Ketua Polis Subang Jaya Khalid Othman mengesahkan laporan itu dan berkata, kes dikelaskan bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. FMT

Adun Amanah nafi ‘Romen’ wanita PKR

Related Articles

One Comment

  1. setakat meraba tak mengapa
    tak perlu parti kenakan apa2 tindakan sebab benda tu tak masuk pun
    lainlah kalau telefon isteri orang cakap tentang mut’ah sampai lakukan seks

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker