Pegawai bomba, pelajar kolej antara 7 ditahan ‘Hijack’ kerbau
PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kerbau selepas menangkap tujuh lelaki, termasuk seorang pegawai bomba dan pelajar kolej dalam satu operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Tronoh, dekat Batu Gajah, Perak semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pemilik haiwan berkenaan berusia 60 tahun, pergi ke ladang terbabit sekitar jam 8.30 pagi untuk mencari kerbaunya yang hilang sebelum ini.
Pemilik itu berkata, ketika membuat rondaan, dia terdengar bunyi letupan dan ternampak tiga lelaki bertindak melarikan diri keluar dari ladang itu.
“Dengan bantuan beberapa yang lain, ketiga-tiga suspek dapat ditangkap di hadapan Akademi Pembangunan Belia Tronoh.
“Suspek kemudiannya membawa pengadu masuk semula ke dalam hutan dan menunjukkan tempat kerbau yang dicuri dan ditambat,” katanya menurut laporan Bernama.
Roy berkata, pengadu mengecam kerbau berkenaan adalah miliknya yang ilang dan terus bertindak menghubungi pihak polis,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut pihak polis menahan empat lagi suspek, termasuk seorang penjawat awam yang juga pegawai bomba berusia 46 tahun dan pelajar kolej vokasional berumur 18 tahun.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit menjalankan kegiatan mencuri kerbau dengan menggunakan penembak pelali dan haiwan itu ditambat sebelum dibawa keluar menggunakan lori.
“Dengan penahanan itu, kami turut merampas dua kenderaan, satu laras aluminium, jarum pelali, tali guni, satu botol ubat ketamil dan combistress serta empat unit ‘handy talkie’ yang digunakan bagi menjalankan kegiatan itu,” katanya.
Roy berkata, berdasarkan semakan, seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau, antaranya merusuh.
Katanya, polis akan mendapatkan tempoh tahanan reman hari ini (Selasa) bagi siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.
Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara
Pegawai bomba, pelajar kolej antara 7 ditahan ‘Hijack’ kerbau
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.