Jangan murah sangat bagi naturalisasi – TMJ

Jangan murah sangat bagi naturalisasi – TMJ

Jangan murah sangat bagi naturalisasi – TMJ

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran untuk membuat penilaian terbaik termasuk usia sebelum memberikan status naturalisasi kepada seseorang pemain pada masa akan datang.

Bekas Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, badan induk bola sepak itu perlu mengambil kira aspek pelan jangka panjang bagi setiap pemain yang diberikan status itu dengan mereka sekurang-kurangnya mampu berbakti antara empat ke lima tahun bersama Harimau Malaya.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Guilherme De Paula kerana dia adalah pemain saya (Johor Darul Ta’zim) namun usianya sudah tidak sesuai.

“FAM perlu melihat projek naturalisasi ini sebagai pelan jangka panjang dan bukan boleh ambil pemain sesuka hati. sekurangnya mereka boleh bersama pasukan sehingga lima tahun,” katanya dalam temubual santai secara langsung di Instagram kelmarin.

De Paula dan Liridon Krasniqi menjadi tumpuan kecaman penyokong ketika tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jumaat lalu.

PRESTASI De Paula dan Liridon Krasniqi dalam skuad Harimau Malaya kurang menjadi.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, Gonzalo Cabrera bakal menjadi aset penting buat skuad Harimau Malaya seandainya dia layak mendapatkan status naturalisasi pada tahun hadapan.

“Menarik tentang Cabrera ini, dia boleh beraksi di mana-mana posisi di bahagian serangan sama ada bahagian sayap, penyerang tunggal, ‘false 9’ dan juga pemain penyerang tengah.

“Selain Cabrera, Endrick Dos Santos yang beraksi bersama pasukan Pulau Pinang juga layak mendapat kerakyatan Malaysia tahun depan sekali gus boleh menjadi pemain naturalisasi negara,” katanya. BH

Jangan murah sangat bagi naturalisasi – TMJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Dia hisap ganja ke?- TMJ

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker