Magawa Si Tikus Pintar Bersara Selepas Lima Tahun Bantu Kemboja Kesan Periuk Api

Magawa Si Tikus Pintar Bersara Selepas Lima Tahun Bantu Kemboja Kesan Periuk Api

Magawa Si Tikus Pintar Bersara Selepas Lima Tahun Bantu Kemboja Kesan Periuk Api

Kemboja merupakan sebuah negara yang paling teruk terkesan akibat peninggalan bekas perang dan sehingga kini kerajaannya masih lagi bergelut dengan masalah untuk menghapuskan periuk api bawah tanah di tanah air mereka.

Difahamkan, periuk api mula ditanam di seluruh Kemboja sejak berlakunya Perang Saudara Kemboja melibatkan Parti Komunis Kampuchea diketuai oleh Pol Pot dan sekutunya Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara) yang menentang kerajaan naungan Raja Kemboja pada lewat tahun 1960-an.

Lebih kurang empat hingga enam juta periuk api telah tertanam di negara tersebut. Akibat terpijak periuk api, seramai 64,000 rakyat Kemboja telah terkorban dan ini mencatatkan angka kematian serta kecacatan kekal (kes kudung) tertinggi kesan daripada bahan letupan ini, direkodkan berlaku antara tahun 1970 dan 1998.

Seluruh jiwa rakyat Kemboja dilanda sengsara akibat periuk api. Tidak cukup dengan itu, situasi negara ini bertambah parah apabila derita kemiskinan yang melampau turut melanda rakyatnya sehingga hari ini.

Oleh itu, dalam usaha membersihkan periuk api di Kemboja, seekor tikus raksasa Afrika dengan gelaran nama Magawa, diimport dari Tanzania telah dilatih oleh badan amal, Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) untuk menghidu lokasi periuk api yang tertanam di Kemboja.

Magawa kemudiannya dipindahkan ke Siem Reap dan mula ‘berkhidmat’ sebagai penghidu bahan letupan dalam misi pembersihan periuk api serta objek letupan di Kemboja pada tahun 2016.

Kini setelah lima tahun berkhidmat untuk Kemboja, Magawa dilaporkan bakal bersara daripada tugasnya itu. Kenyataan ini telah diumumkan secara rasmi oleh Pengarah APOPO, Michael Hiemen pada Sabtu, 5 Jun yang lalu.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Magawa sudah membantu Kemboja mengesan 71 periuk api dan 38 objek letupan sekaligus membersihkan kawasan seluas kira-kira 225,000 meter persegi iaitu bersamaan 42 padang bola sepak.

“Disebabkan tugas itu, Magawa menjadi semakin letih dan perkara yang terbaik adalah dengan merehatkannya. Kini, Magawa boleh menghabiskan sisa hidupnya dengan melakukan perkara yang disukainya seperti memakan pisang dan kekacang,” kata Michael memetik laporan Al-Jazeera.

Untuk rekod, Magawa yang kini berusia 7 tahun merupakan tikus pertama yang dianugerahkan Pingat Emas PDSA (Program Anugerah Haiwan) pada September 2020 tahun lalu setelah berjaya mengesan bau 39 periuk api dan 28 bahan peledak tidak meletup di Kemboja. Selamat bersara dan terima kasih ‘Kapten’ Magawa.-TVC

Magawa Si Tikus Pintar Bersara Selepas Lima Tahun Bantu Kemboja Kesan Periuk Api


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Monyet berswafoto dengan telefon pintar yang dilarikannya (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker