Apakah istana akan jadi pendamai?



Sebaran :

Apakah istana akan jadi pendamai?

Apakah istana akan jadi pendamai?

Suhu politik di Malaysia semakin membahang selepas tersebar berita bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan memanggil menghadap ketua-ketua parti politik pada minggu ini.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi daripada pihak istana, pemimpin Pejuang, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menerima undangan daripada Seri Paduka.



Menurut laporan Bernama, pemimin parti komponen Perikatan Nasional mengatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu, manakala kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan (PH), ketika dihubungi Malaysiakini memilih untuk bersikap berdiam diri.

Keadaan luar biasa daripada majlis menghadap yang diperkatakan itu menimbulkan banyak spekulasi mengenai tujuannya diadakan.

Esok Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum mesyuarat kabinet, yang kebiasaannya bermula pada pukul 9.30 pagi.



Malaysiakini difahamkan pertemuan dengan tokoh pembangkang akan berlangsung selepas itu.

Fellow kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun percaya bahawa cadangan kerajaan perpaduan mungkin akan ditimbulkan.

“Ini hanyalah spekulasi saya. Sekiranya Agong (mahukan perubahan), baginda boleh melakukannya dengan memanggil pemimpin politik dan menilai berapa banyak kerusi yang mereka kuasai,” kata Oh, yang pernah menjadi setiausaha politik perdana menteri sebelum ini, Najib Razak .



Gagasan “kerajaan perpaduan” dicetuskan oleh beberapa pihak, termasuk timbalan speaker Dewan Rakyat, Azalina Said Othman memandangkan kerajaan Muhyiddin kini tidak lagi stabil tanpa sokongan Umno.

Oh percaya bahawa kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang sukar berlaku.

Bersatu, katanya, tidak akan setuju kerana hal itu kemungkinan besar akan menyebabkan mereka hilang jawatan perdana menteri.

Tambahnya, Umno dan PH yang berbeza matlamat dan ideologi juga tidak akan mencapai kata sepakat.



Penganalisis politik, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata pertemuan itu menunjukkan Seri Paduka memberikan respons terhadap keluhan rakyat yang mahukan pandemik Covid-19 segera berakhir.

“Rakyat ingin minta institusi raja dan juga agong, untuk bertindak sesuatu demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dia juga bersetuju dengan pendapat Oh bahawa isu kerajaan perpaduan mungkin akan dibawa ketika majlis menghadap baginda minggu ini.



“Tapi untuk pertemuan minggu ni, perkara ni masih terlalu baru, kita tidak boleh letakkan harapan kita terlalu tinggi, ataupun membuat kesimpulan yang terlalu awal,” tambah Awang.

Tambahnya, kerajaan perpaduan memerlukan pemimpin yang berjiwa besar dan mengutamakan kepentingan awam.

Prof madya Helen Ting dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menggesa Muhyiddin mengadakan perbincangan secara bipartisan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi negara ketika ini.



“Kerajaan PN dan pembangkang mungkin harus membuat kesepakatan di mana semua orang boleh bersetuju bahawa ini bukan masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya.

Tambahnya, kerjasama bipartisan antara kedua-dua belah pihak harus berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang. Mk

Apakah istana akan jadi pendamai?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rakyat akhirnya terpaksa ‘ketuk pintu’ istana


Sebaran :


One thought on “Apakah istana akan jadi pendamai?

  • Yang mengelikan hati adalah ada sebuah parti politik mahu gunakan jemputan mengadap itu sebagai peluang memohon YDP Agung melantik Presiden mereka jadi PM !! Tanggapan yang mengharapkan Agung menubuhkan Kerajaan Perpaduan juga adalah sangat melucukan kerana kerajaan PN sekarang sangat stabil dan sedang melakukan kerja2 yang sangat baik dan disukai oleh rakyat. Rakyat sebelum ini tidak pernah merasakan mereka dipedulikan semasa susah seperti sekarang, mendapat berbagai bantuan dan kemudahan daripada kerajaan yang sangat prihatin. Yang jelas, kekecohan dan kelam kabut yang berlaku hari2 hanyalah perangai berebut2 kuasa di kalangan parti2 pembangkang dan umno. masing2 sibuk bergaduh siapa patut jadi PM jika menang pru15 nanti, simbol apa yang hendak digunakan semasa pilihanraya eselain berlumba2 mencari apa jua modal untuk memburukkan kerajaan PN (sedangkan mereka tidak nampak batang hidung menolong rakyat yang terkesan).

    Reply

Leave a Reply