Rakyat akhirnya terpaksa ‘ketuk pintu’ istana

Rakyat akhirnya terpaksa 'ketuk pintu' istana
Rakyat akhirnya terpaksa ‘ketuk pintu’ istana

Rakyat akhirnya terpaksa ‘ketuk pintu’ istana

Akhirnya rakyat terpaksa bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong selepas kerajaan dilihat tidak lagi membela nasib mereka, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii.

Razlan berkata, laporan berkenaan Istana Negara akan memanggil ketua parti politik mengadap adalah satu perkhabaran yang sangat baik.

Katanya, pada masa ini banyak rungutan rakyat berkenaan pentadbiran kerajaan serta perintah kawalan pergerakan.



“Sikap menteri yang tidak bertanggungjawab dengan membenarkan pengoperasian sektor perkilangan sehingga mewujudkan pelbagai kluster baru di tempat kerja dan kerajaan yang dilihat hanya berkomunikasi sehala saja tanpa mendengar kembali keluh kesah rakyat.

“Ditambah lagi dengan sikap menteri dan kementerian yang gagal berperanan sepenuhnya sepanjang tempoh PKP ini. Nasib rakyat kian tidak terbela dengan pelbagai kenyataan yang menggusarkan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Rakyat akhirnya terpaksa 'ketuk pintu' istana

Semalam, Ahli Jawatankuasa Tamat Darurat, Khairuddin Abu Hassan berkata Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima majlis menghadap semua ketua daripada parti-parti politik, termasuk pembangkang.



Istana Negara pada April lalu memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima majlis mengadap berkenaan, namun ia akan diadakan pada tarikh dan waktu yang akan ditentukan kemudian.

Razlan menyifatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal memastikan barisan kabinetnya melaksanakan tugas dengan baik sebaliknya terus “mengukuhkan kuasa politik” dengan menggantung sidang Parlimen.

“Kerajaan sepatutnya menjadi tempat rujukan dan perkongsian idea demi kebaikan bersama, hari ini menjadi kerajaan yang tidak mesra rakyat.

“Akhirnya rakyat terpaksa mengetuk pintu Istana bagi mendapatkan perhatian. Yang di-Pertuan Agong adalah tempat rakyat bernaung dari segala kepincangan dan ketidakadilan kerajaan,” katanya lagi.



 

PKP perlu kerana kerajaan gagal, bekas timbalan menteri sanggah Wan Saiful

Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara



Rakyat akhirnya terpaksa ‘ketuk pintu’ istana


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker