Duta Israel akui Tel Aviv praktik dasar aparteid di Palestin

Mahu ubah geografi, demografi Tebing Barat melalui pemukiman

Duta Israel ke Afrika Selatan mengakui bahawa Tel Aviv mempraktikkan dasar aparteid terhadap Palestin, sekali gus menggesa dunia menyedari bahawa apa yang terjadi di Selatan Afrika beberapa dekad lalu, turut berlaku di wilayah dijajah itu.

Dalam sebuah artikel yang ditulis di GroundUp, dua Duta Besar Israel, Ilan Baruch dan Alon Liel memberitahu, negara penjajah Israel berusaha mengubah geografi dan demografi Tebing Barat melalui pembangunan pemukiman, yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Mereka mendakwa, rejim Zionis memiliki projek ke hadapan untuk menghubungkan pemukiman secara tidak sah melalui pembangunan infrastruktur, jaringan lebuh raya dan projek pembangunan air serta elektrik yang mengubah pemukiman menjadi pinggir bandar.

“Ia terjadi bersama rampasan dan pengambilalihan sejumlah besar tanah Palestin, termasuk pengusiran rumah dan aktiviti perobohan.

Anwar jangan lobi jadi PM bila jumpa Agong – Khairuddin

“Bermakna, pemukiman dibangunkan dan diperluas dengan mengorbankan penduduk Palestin, yang dipaksa berpindah ke kawasan tanah lebih kecil,” kata duta itu.

Baruch berkhidmat sebagai Duta Besar Israel ke Afrika Selatan, Namibia, Botswana dan Zimbabwe, sementara Liel berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Israel.

Baruch dan Liel mendakwa, sepanjang kerjaya di perkhidmatan asing, mereka belajar secara langsung mengenai realiti aparteid.

Malah, pengalaman yang diperoleh di Afrika Selatan membantu kami memahami realiti di tempat kami sendiri, kata mereka. – Agensi

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

Duta Israel akui Tel Aviv praktik dasar aparteid di Palestin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker